Kitab Fiqh Aulawiyyat, karangan seorang ulama ulung pada zaman sekarang yang amat dikenali oleh seluruh umat Islam di timur dan barat iaitu Al-Imam Al-Allamah Doktor Yusuf Al-Qaradawi Hafizohullah merupakan satu kitab yang amat bernilai dan cukup wajar untuk dijadikan bahan kajian, diskusi, panduan lengkap sebagai seorang muslim masa kini untuk mengenali soal-soal yang perlu menjadi keutamaannya di dalam kehidupan agar sentiasa seimbang dengan tuntutan syariat Islam.
Di dalam muqaddimah kitab beliau, telah disebut tujuan kitab ini dikarang. Seperti yang disebutkan oleh beliau, kitab ini dikarang bukanlah bertujuan untuk mendapat keseronokan dalam dunia keilmuan atau kemasyhuran atau ingin menjuarai isu-isu perdebatan umum akan tetapi kitab ini adalah satu usaha untuk merawat penyakit yang cukup membarah dan kritikal dalam jasad umat Islam iaitu penyakit tidak mampu membezakan antara perkara yang penting serta wajib didahulukan dan yang kurang penting atau boleh diketepikan terlebih dahulu. Dengan sebab penyakit itulah terlalu banyak masalah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam dalam pelbagai bidang sehingga umat Islam berpecah-belah, banyak membuang masa yang ada dalam hal-hal yang tidak perlu diutamakan yang mana akhirnya membawa kepada kemunduran serta kelemahan ketara umat Islam sendiri.
Realiti umat islam pada zaman kini tidak kira golongan awam atau mereka yang bergelar ulama sekalipun telah hilang satu pertimbangan dan mentaliti yang waras untuk menyelesaikan masalah umat. Oleh itu bagi membetulkan dan mengubati penyakit tersebut maka fiqh keutamaan wajar dijadikan ubat kepada kita semua.
Berikut beberapa isi penting kitab fiqh Aulawiyyat yang telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Al-Qaradawi:
1. MENGUTAMAKAN KUALITI DARIPADA KUANTITI
Apabila memilih antara kualiti dan kuantiti maka yang paling diutamakan adalah kualiti kerana perkara tersebut amat sejajar dengan tuntutan Al-Quran sendiri yang sentiasa memuji dan menyebut kebaikan golongan yang beriman lagi bersyukur walaupun bilangan mereka yang kecil dan golongan yang sedikit tetapi mempunyai kualiti yang tinggi sering kali mendapat kemenangan dalam pertembungan antara haq dan batil.
2. KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU DAN MAKLUMAT:
a. Memberikan keutamaan kepada ilmu sebelum amal kerana kerana tanpa ilmu dan kefahaman maka segala usaha dan tenaga yang dicurahkan menjadi sia-sia dan tidak mampu menghasilkan natijah yang dikehendaki. Rasulullah sendiri mengingatkan kita bahaya golongan yang hebat dalam ibadah dana amalah mereka tetapi hati mereka tidak memahami hakikat ibadah dan amalan tersebut.
b. Mengutamakan kefahaman berbanding hafalan kerana hafalan yang tidak berdasarkan kefahaman tidak akan membuahkan hasil dan tidak mendorong pemikiran supaya lebih bersifat kreatif dan inovatif ataupun dengan kata lain tidak hanya pandai menukilkan tetapi berusaha untuk mengkaji dan berfikir.
c. Mengutamakan isi tujuan syariat (maqasid) berbanding bentuk zahirnya kerana Allah s.w.t yang menurunkan syariat itu maha bijaksana dan pakar dalam menetukan objektif setiap sistem yang digubal oleh-Nya. Maka dalam syariat Islam mendahulukan hukum yang membawa kepada kebaikan dan maslahat yang besar kepada umat lebih dituntut berbanding syakliyyat atau gerak-gerinya sahaja.
d. Mengutamakan ijtihad berbanding taqlid semata-mata kerana Islam sendiri tidak menyuruh pengikutnya hanya pandai mengikut-ikut perbuatan orang tanpa sebarang penyelidikan dan kajian. Oleh itu Islam amat menuntut kepada umatnya supaya sentiasa mencari dalil dan bukti dalam setiap perkara samaada dalam bidang perundangan dan lain-lain dan menyeru kepada mereka yang mampu untuk berijtihad supaya berijtihad sekiranya mencukupi sayarat-syaratnya.
3. MENGUTAMAKAN PERANCANGAN DAN STRATEGI DALAM URUSAN KEDUNIAAN
Islam tidak mengajar umat supaya hanya berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk mencapai cita-cita. Umat Islam disuruh untuk membangunkan dunia ini dengan dasar-dasar Islam dan juga menyeru umat supaya merancang dan membuat strategi dalam setiap urusan dunia agar umat Islam sentiasa kehadapan.
4. DALAM SOAL PERBEZAAN PENDAPAT DALAM FIKAH:
Para ilmuan Islam wajib membezakan antara perkara qat’ie dan zonni serta perkara yang didasari dengan ijtihad para mujtahid atau perkara-perkara yang menjadi ijma mereka. Maka dalam soal perselisihan ini, para ilmuan hendaklah tahu bahawa yang patut ditegah ialah soal yang telah disepakati akan kemungkarannya manakala membangunkan soal-soal yang tunjang dan kekutan Islam yang disebut dalam Al-Quran itu sendiri seperti soal akidah, iman, akhlaq, perundangan dan lain-lain adalah wajib diutamakan.
Bersambung..

No comments:
Post a Comment