Friday, July 23, 2010

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 1)

Abezuh(link)





Sehari dua ini, alhamdulillah diberikan keizinan untuk membentangkan sejarah PMRAM walaupun saya bukanlah pakar atau pengkaji sejarah PMRAM yang selayaknya. Namun kelebihan berada di dalam PMRAM selama 3 tahun, memberikan sedikit thaqafah berkaitan sejarah PMRAM.

Saya bukan nak menceritakan sejarah PMRAM secara penuh di sini atau mengulas kronologi tahun-tahun yang bersejarah. Cuma sebagai mereka yang sayangi PMRAM sejarah yang dibentangkan kepada kita atau kita direct membacanya, jangan hanya sekadar bersedap-sedapan di telinga sahaja.

80 tahun merupakan suatu tempoh yang boleh diagungkan dari konteks persatuan induk, memandangkan saya kira PMRAM merupakan persatuan induk yang masih kekal di posisinya setelah menempuh berliku-liku halangan di depan.

Antara ketemadunan yang diciptakan ialah bagaimana PMRAM mendidik mahasiswa/wi Islam dalam
membina jati diri dan membentuk kredibiliti kemahasiswaan mereka dalam berhadapan satu-satu isu. Antaranya ialah :

-
1948 : PPS (Putera-putera Semenanjung) memberikan kerjasama kepada IPI (Ikatan Pelajar-pelajar Indonesia) dalam menyuarakan sokongan mendapatkan kemerdekaan bagi Indonesia.

-
1956 : menghantar 65 sukarelawan untuk membantu pihak Mesir di dalam peperangan 3 serangkai.

- Kedutaan Malaysia Kaherah ditubuhkan pada
1960 atas desakan mahasiswa.

-
19 september 1963 : menghantar memorandum memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

-
31 Ogos 1967 : Bersama di dalam jalinan Solidarita mengadakan tunjuk perasan membantah penyelewengan perlaksanaan Bahasa Melayu walaupun diberikan amaran keras oleh pihak kerajaan Malaysia.

-
1970 : menubuhkan jawatankuasa mengkaji undang-undang Asrama Melayu kerana Pihak Kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang mengkhianati kepentingan mahasiswa melayu

No comments:

Post a Comment