Sunday, July 25, 2010

Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 2)-Abezuh


.........

undur sekejap, sebab ada tertinggal point penting yang melibatkan jasa PMRAM dalam menyuarakan sokongan kemerdekaan ke atas Tanah Melayu.

1955 : menghantar kawat kepada persidangan Arfo-Asia supaya menyokong kemerdekaan Tanah Melayu.

Tahun yang sama, HEWI PMRAM ditubuhkan.

1971 : Nama PMRAM diguna pakai secara rasmi.

1972 : Menganjurkan kursus-kursus dakwah dan melahirkan 19 orang kader dakwah.

1980 : Bermula era pemesatan kegiatan dakwah di dalam PMRAM dengan pelbagai aktiviti dakwah dijalankan.

Pihak JPM menyekat bantuan kewangan kepada PMRAM. Namun, program PMRAM tetap diteruskan dan para ahli sanggup berkorban menghabiskan wang dalam menjayakan program PMRAM.

1982 : ucapan Yang Dipertua PMRAM, Saudara Ghazali Said dalam satu majlis yang menyarakan dan menyeru kerajaan Malaysia melaksanakan undang-undang Islam secara menyeluruh.

1983 : Menyertai Perayaan sempena 1000 tahun Al-Azhar dengan kerjasama kedutaan.

1991 : Penghataran siswi seramai 18 orang ke Alex.

1992 : PMRAM menolak dan membantah penubuhan baru PPMM. Tercetus demonstarsi aman ekoran tersebut.

Kedutaan memutusakn hubungan dengan PMRAM dan PMRAM tidak dibenarkan menggunakan kemudahan di ARMA.

Kedutaan memalang pintu masuk ARMA. PMRAM mengadakan demontrasi untuk menuntut hak-hak kembali.

PMRAM mengadakan majlis konvokesyen kali yang pertama.

1993 : PMRAM mengemukakan resolusi dalam kursus Kesedaran dan Pimpinan pelajar bahawa kerajaan mesti berlaku adil kepada mahasiswa Malaysia.

1995 : PMRAM dihalau daripada ARMA atas alasan pembaikan pulih.

Konvensyen kali pertama di Mansurah dibatalkan oleh pihak kedutaan.

WAHAI PARA AZHARIYYAH..TUNJUKKAN KEHEBATAN ANDA YANG SEBENAR!



Para wanita atau muslimah dilahirkan untuk menjadi pembantu kaum lelaki. Sebagai pembantu, para muslimah perlu memiliki sifat-sifat yang kelebihan yang dapat menanggung bebanan ketua ketika ketiadaannya. Oleh itu sifat para muslimah juga perlu sama atau hampir sama dengan ketuanya supaya segala gerak kerja mampu dilaksanakan dengan baik.

Tetapi berapa ramaikah para akhawat azariyyah yang menyedari hakikat ini. Kebanyakan azhariyyah pada hari ini (bukan semua) belum lagi dapat memenuhi ciri-ciri sebenar sebagai pembantu kelas pertama kepada golongan azhari. Kita boleh lihat khususnya dalam mesyuarat-mesyuarat yang dilaksanakan bersama ikhwah golongan akhawat jelas bersikap pasif. Ada 4 gaya yang biasa dilakukan oleh mereka ketika bermesyuarat (seperti yang dikaji oleh sahabat saya):

Pertama, gaya terkejut kalau ada berita tergempar.

Kedua, geleng kepala kalau sesal atas satu-satu kejadian.

Ketiga, mengangguk kalau setuju.

Keempat, “ustaz..nak musyrif” kalau mesyuarat selesai waktu malam.

Tiada idea, tiada perdebatan, tiada point yang dapat ‘meledakkan’ line of thinking dalam mesyuarat. Ini suasana biasa yang dapat kita lihat. Maaf kalau ada yang tersinggung. Selaku ketua, ikhwah tidak mengharapkan satu perkara luar biasa daripada akhawat. Paling penting, apabila bermesyuarat tonjolkan pemikiran dan idea serta keupayaan sebagai seorang yang memiliki kelebihan dapat menilai perkara-perkara halus dan kecil yang sering dilupakan oleh ikhwah. Itu adalah bidang anda.

Bagi saya, punca masalah kerana ramai akhawat tidak gemar membaca, mengkaji atau buat homework untuk setiap isu dan tugasan yang diberikan. Sikap hanya menunggu kerja juga men’jumud’kan gaya pemikiran.

Oleh itu, bagi melihat perubahan suasana ini, para akhawat kita mesti tingkatkan thaqafah pengurusan dan nilai akademik mereka. Banyakkan mengkaji isu, membaca bahan bacaan yang berat, bertallaqi dengan mereka yang berpengalaman agar golongan yang hebat ini dapat melahirkan percambahan pemikiran yang lebih kreatif. Maka dengan demikian itu, 4 gaya tersebut akan semakin pupus ditelan zaman. Salam Ukhuwwah.

Friday, July 23, 2010

MELAKSANAKAN KONSEP LISANUL HAL DALAM KEHIDUPAN


Al-Quran dan Lisanul Hal

Al-Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t amat menjunjung tinggi konsep lisanul hal dalam setiap aktiviti kehidupan manusia. Lawan kepada lisanul hal adalah lisanul maqal. Boleh dikatakan setiap seruan kepada mereka yang beriman akan disertakan dengan satu taklifan (task) supaya iman itu dapat dilihat dengan gerak anggota sendiri bukan sekadar tersemat di dalam jiwa.

Lihatlah firman Allah:

يأيها الذين ءامنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا ما لا تفعلون

Kita juga akan dapati setiap ayat yang dimulai dengan "wahai orang yang beriman" disertakan dengan satu tugasan untuk membuktikan iman mereka. Seolah-olah Allah mahu menyatakan bahawa iman kamu tidak akan ke mana sekiranya ia hanya nama tanpa satu bukti yang kamu boleh nyatakan dengan usaha kamu.

Itulah yang dimaksudkan dengan lisanul hal. Buat, tunjukkan contoh, kerja, amal bukan sekadar kata-kata (lisanul maqal): saya adalah orang yang beriman, saya seorang yang bertaqwa, kita mesti berjuang, kita perlu sayang Islam dan lain-lain. Kata-kata tanpa bukti hanyalah ibarat terbang di awan, tidak berpijak di bumi yang nyata.

Sebab itulah kesempurnaan iman ditakrifkan:

التصديق بالقلب والنطق باللسان والعمل بالجوارح

Dalam hadis dinyatakan:

البينة على المدعي واليمين على من أنكر


Maka atas dasar inilah kita menyusun gerakan, mentarbiyah, mendidik, dan merancang, untuk melihat setiap teori itu di atas garis kejayaan. Jikalau kita mengkaji budaya masyarakat yang berjaya maka kita akan dapati mereka cemerlang dalam melaksanakan konsep lisanul hal. Para pendakwah Arab berjaya mengislamkan masyarakat nusantara dengan lisanul hal. Kerajaan Islam dan khilafah Islamiyyah berjaya kekal sehingga 14 abad lamanya kerana lisanul hal para pemerintah dan ulama sehinggalah tiba zaman di mana umat tenggelam di dalam dunia perdebatan yang memberikan peluang kepada musuh mengambil kesempatan untuk memusnahkan sistem paling hebat dalam tamadun manusia.

Khilafah kekal dengan Lisanul Hal

Sesungguhnya mereka yang tidak kesal di atas kejatuhan khilafah merupakan golongan yang mati hati. Tidak berdosa sekiranya kita labelkan mereka yang sibuk bercakaran dengan soal remeh temeh dan membiarkan musuh menghisap darah mereka tanpa mereka sedari sebagai 'nyanyuk' atau 'dungu'. Orang-orang beginilah yang akan melemahkan kerajaan Islam kalau Islam bangkit semula nanti. Moga-moga kita dijauhkan daripada mereka.

PMRAM dan Lisanul Hal

Sesungguhnya misi dan visi PMRAM adalah berdasarkan lisanul hal. Kalau PMRAM bercakap soal Palestin, PMRAM tunjukkan bukti bahawa dalam tempoh 3 tahun hampir LE 150,000 berjaya disumbangkan untuk mereka.

Bercakap soal banteras kemungkaran akan mengingatkan kita pula kepada penguatkuasa Hisbah yang cukup aktif dan digeruni pengamal-pengamal maksiat dan couple di sini. Tidak sedikit masalah hisbah berjaya diselesaikan setiap tahun.

Soal kesatuan pula tidak boleh dilupakan. Itulah tunjang utama kekuatan mahasiswa. Sudah 80 tahun PMRAM mempraktikkan ayat Allah yang bermaksud "Berpeganglah kamu dengan tali Allah". Lisanul hal PMRAM berkata, "Aku benci perpecahan!"

Cabaran melaksanakan Lisanul Hal

Cabaran utama dalam mepraktikkan lisanul hal adalah Istiqamah. Istiqamah merupakan stamina dalam meneruskan setiap usaha. Ramai yang kuat dan gagah dalam bekerja tapi tidak ada stamina. Tanpa stamina kita akan tergolong dalam golongan mutakhallifun atau mutasaqitun.

Kesimpulannya dalam melihat kejayaan setiap perancangan maka lisanul hal adalah manhajnya dan istiqamah pula kekutannya. Buktikan setiap kata-kata kita. Teruskan sehingga kita berjaya laksanakannya.

P/S: Catatan ini adalah taujihat kepada aktivis-aktivis PMRAM sepanjang tempoh program yang amat padat. Semoga kalian digolongkan dalam golongan mereka yang membuktikan keimanan mereka.



Sejarah 80 Tahun PMRAM : Revolusi Menempuh Tamadun (vol 1)

Abezuh(link)





Sehari dua ini, alhamdulillah diberikan keizinan untuk membentangkan sejarah PMRAM walaupun saya bukanlah pakar atau pengkaji sejarah PMRAM yang selayaknya. Namun kelebihan berada di dalam PMRAM selama 3 tahun, memberikan sedikit thaqafah berkaitan sejarah PMRAM.

Saya bukan nak menceritakan sejarah PMRAM secara penuh di sini atau mengulas kronologi tahun-tahun yang bersejarah. Cuma sebagai mereka yang sayangi PMRAM sejarah yang dibentangkan kepada kita atau kita direct membacanya, jangan hanya sekadar bersedap-sedapan di telinga sahaja.

80 tahun merupakan suatu tempoh yang boleh diagungkan dari konteks persatuan induk, memandangkan saya kira PMRAM merupakan persatuan induk yang masih kekal di posisinya setelah menempuh berliku-liku halangan di depan.

Antara ketemadunan yang diciptakan ialah bagaimana PMRAM mendidik mahasiswa/wi Islam dalam
membina jati diri dan membentuk kredibiliti kemahasiswaan mereka dalam berhadapan satu-satu isu. Antaranya ialah :

-
1948 : PPS (Putera-putera Semenanjung) memberikan kerjasama kepada IPI (Ikatan Pelajar-pelajar Indonesia) dalam menyuarakan sokongan mendapatkan kemerdekaan bagi Indonesia.

-
1956 : menghantar 65 sukarelawan untuk membantu pihak Mesir di dalam peperangan 3 serangkai.

- Kedutaan Malaysia Kaherah ditubuhkan pada
1960 atas desakan mahasiswa.

-
19 september 1963 : menghantar memorandum memperjuangkan Ijazah Timur Tengah.

-
31 Ogos 1967 : Bersama di dalam jalinan Solidarita mengadakan tunjuk perasan membantah penyelewengan perlaksanaan Bahasa Melayu walaupun diberikan amaran keras oleh pihak kerajaan Malaysia.

-
1970 : menubuhkan jawatankuasa mengkaji undang-undang Asrama Melayu kerana Pihak Kedutaan Malaysia telah mengemukakan satu undang-undang yang mengkhianati kepentingan mahasiswa melayu

Thursday, July 22, 2010

KETOKOHON TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ


KOTA BHARU, 22 Julai: Biar pun ada pemimpin Umno cuba memperlekehkan taraf ulama yang ada pada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sebaliknya masyarakat Islam di Amerika Syarikat begitu mengkaguminya.

Perkara itu didedah imam besar masjid di Baltimore, Amerika Syarikat, Dr Mohamad Bashar Arafat ketika mengunjungi Menteri Besar Kelantan di Kota Darulnaim semalam.

Beliau yang juga Presiden Civilizations Exchange & Cooperation Foundation Amerika Syarikat berkata, ramai di kalangan penduduk Islam di negara kuasa besar terbabit mengenali nama Mursyidul Am PAS itu.

Katanya, biar pun sudah lama mendengar orang sebut namanya hanya baru semalam dapat bersua muka dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

”InsyaAllah saya akan berusaha memperkenalkan Kelantan di Amerika Syarikat terutamanya kepada umat Islam yang ingin mendalami ilmu agama Islam.

”Di sini suasana pembelajaran agama begitu menarik sekali. Sesuailah Kelantan dipanggil Serambi Mekah, seharusnya menjadi tumpuan dari pelusuk dunia menuntut ilmu agama di sini," ujar beliau.

Beliau berulang kali melahirkan rasa terharu kerana dapat berjumpa dengan tokoh agama yang begitu dikaguminya.

Dr Mohammad Bashar juga memberitahu yayasan yang diterajuinya akan berusaha membantu Kelantan dalam bidang pendidikan terutamanya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris.

Menurutnya program itu boleh diadakan dengan menganjurkan pertukaran pelajar dengan kerjasama kedutaan Amerika di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah saya akan usahakan perkara ini agar umat Islam di Kelantan dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya.

Kunjungan beliau turut disertai Kaunselor Perhubungan Awan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Scott M.Rauland dan Pegawai Perhubungan Awan, Riazurrahman Sadayan.

KES JENAYAH..TANGGUNGJAWAB KITA MENJADI MUJTAHID TAGHYIR

KOTA BHARU 22 Julai - Polis Kelantan hari ini mengesahkan gadis yang dibunuh kejam dalam Sungai Bagan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulai Chondong, Machang petang kelmarin, dirogol sebelum ditikam di bahagian dada kirinya.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, bedah siasat yang dilakukan oleh Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini mengesahkan gadis tersebut telah dirogol terlebih dahulu sebelum dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam sungai terbabit.

"Hasil bedah siasat yang dilakukan semalam mendapati, gadis tersebut mati kerana ditikam di bahagian dadanya dan sebelum itu, dia telah dirogol terlebih dahulu,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis perbarisan dan makan tengahari sempena Lawatan Persaraannya bermula 12 Ogos hadapan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, hari ini. – Utusan

Komen:

Selagi mana hukuman Allah yang termaktub dalam Al-Quran tidak di daulatkan, maka kita akan melihat kes ini semakin menjadi-jadi dan memang pun kadar jenayah dalam Negara kita semakin meningkat ke tahap yang amat mengerikan. Para pemimpin wajib sedar apakah maksud firman Allah:

ومن لم يحكم بما أنزل الله فأولئك هم الظالمون

Sesiapa yang tidak berhukumkan dengan hukuman Allah maka merekalah golongan yang zalim..Ya. Mereka menzalimi rakyat kerana ‘membenarkan’ jenayah ‘meletup’ di sana sini dengan undang-undang ciptaan manusia. Undang-undang manusia tidak akan berjaya menanam rasa takut pada Allah s.w.t. Sebab itulah jenayah semakin banyak. Maka seluruh jentera kerajaan wajib berfikir bagaimana mahu mengundang-undangkan hukuman Allah dalam kes-kes jenayah berat ini bukannya mencari dalih dan alasan.

Bagaimana mengubah kemungkaran?

Proses mengubah kemungkaran adalah proses yang paling rumit dalam dunia dakwah. Sebab ianya berhadapan dengan dua makhluk durjana iaitu syaitan dan nafsu. Sebab itulah kalau dua makhluk ini tidak ditundukkan maka kemungkaran akan bermaharajalela.

Oleh itu kemungkaran perlu diubah bermula diri sendiri kemudian keluarga kemudian masyarakat seterusnya Negara. Semua perlu berjalan serentak tetapi dalam peringkat tersebut. Para pendakwah harus sedar bahawa 80% daripada Al-Quran membincangkan soal akhlak, keimanan, syaitan, iblis, iktibar dari sejarah Nabi-nabi dan lain-lain dan selebihnya itulah yang bincang soal hukum-hakam.

Jadi, kita harus menjadi faqih dalam soal merubah mungkar. Bukan sekadar faqih dalam hukum. Bahkan faqih dalam merubah mungkar juga merupakan kerja yang amat-amat sukar seumpama mujtahid dalam hukum.

Fikrah menjadi 'mujtahid taghyir' ini semakin hilang nampaknya dalam dunia mahasiswa bumi kinanah ini. Rata-rata sekiranya kita bertanya, maka ramai akan menjawab mereka mahu menjadi mujtahid hukum. Ingat, ayat yang membincangkan soal hukum hanyalah sekitar 500 ayat sahaja dalam Al-Quran. Lebih 5500 ayat yang lain menekankan aspek takut dan taqwa. Pengabaian dalam aspek inilah yang menggagalkan seorang alim untuk menjadi hamba bertaqwa bahkan masyarakat sekitarnya juga rosak dicampur dengan pemerintahan yang jahil lagi zalim kerana tidak mahu dasar-dasar Islam dipraktik. Dua golongan yang paling dibimbangi oleh Nabi Muhammad s.a.w ;ulama yang bacul dan pemerintah yang jahil.

Kesimpulannya, jangan kita hilang neraca ini. Keutamaan dalam kehidupan muslim sebenarnya melihat kepada apa yang paling diutamakan oleh Allah dalam al-Quran.

Wednesday, July 21, 2010

NAK KERJA APA BILA PULANG?

Barangkali ada yang bertanya mengapa topik ini diperbincangkan di sini. Topik memilih pekerjaan bila pulang nanti sudah tentu menjadi mainan fikiran mana-mana mahasiswa yang telah berjaya menamatkan pengajian di Mesir.

Ada yang merancang untuk menjadi guru. Ada pula yang mahu bekerja di sektor kepejabatan. Ada yang mahu menjadi penceramah bebas dan sebagainya. Soal itu terserahlah kepada anda untuk memilihnya.

Namun apa yang ingin saya ingatkan di sini khususnya kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat seperjuangan bila kita pulang nanti, ada satu kerja kosong dan jarang sekali ada mereka yang mahu mengisinya. Kerja tersebut adalah kerja Amar makruf Nahi Mungkar.

Mungkin ada yang berkata, "Ahh..benda tu umum..skopnya luas". Ya, betul. Kerja ni skopnya luas. Ada banyak peringkat. Dr. Yusuf Al-Qaradawi pun banyak menulis berkaitan kerja ini dalam persoalan Fiqh Taghyir. Namun apa yang ingin saya sebutkan di sini adalah keberanian kita untuk menjadi anggota amar makruf nahi mungkar atau jawatankuasa HISBAH kepada masyarakat apabila berhadapan dengan maksiat terbuka di mana sahaja.

Sepanjang tempoh percutian saya di tanah air beberapa kali, boleh saya katakan kita tidak berjaya menjadi anggota hisbah kepada masyarakat. Kita tidak berani menegur, menghalang kemungkaran walaupun ianya amat kecil sekiranya ia berlaku dihadapan kita sendiri. Kita belum berjaya mendidik masyarakat tentang kesedaran menjadi anggota hisbah bahkan kes-kes jenayah yang amat membimbangkan dalam negara kita adalah disebabkan graduan agama sendiri penakut atau kecut perut untuk menegur, menghalang dan tidak mahu memahamkan masyrakat tentang kewajipan ini.

Saya pernah berhadapan dengan pengalaman menegur satu pasangan yang bercouple dalam bas. Tindak tanduk budak lelaki dan perempuan tersebut amat menyakitkan hati saya. Lalu saya meminta kepada beberapa orang yang lebih tua dan berketayap untuk menegur perbuatan tersebut. Namun, dia menolak kerana alasannya takut. Memang budak lelaki tu bertubuh sasa dan ada gaya kaki pukul. Saya meninjau-ninjau penumpang sekeliling kalau-kalau ada yang mahu menegur. Saya beberapa kali meminta penumpang lain untuk berbuat demikian termasuk konduktor bas tu sendiri. Namun mereka semua tidak mahu.

Akhir sekali, fikir punya fikir maka tak dapat tidak saya mesti tegur sendiri kelakuan tidak senonoh pasangan tersebut. Saya memberanikan diri untuk menghampiri mereka dan bersedia berhadapan dengan apa jua risiko yang berlaku. Saya tidak ada kad penguatkuasa. Saya juga bukan polis. Jadi sekarang ni pelindung saya adalah Allah s.w.t.

Saya terus memberitahu kepada pasangan tersebut, “Assalamualaikum. Saya nak bagi tau sikit. Saya tahu kamu berdua tak kahwin lagi..(tengok gaya je)..Kerja kamu dua orang ni tak senonoh..haram. Lelaki perempuan tak boleh duduk macam ni (ketika itu si perempuan membiarkan pahanya disentuh dan di raba oleh lelaki tersebut). Saya boleh ambil tindakan bawa kamu dua orang ke pejabat agama..Nak tak?” Lebih kurang begitulah ayat saya.

Semua penumpang di sekeliling memandang saya dan mereka berdua. Tiada yang berani menyampuk. Mungkin mereka menunggu reaksi si budak lelaki tersebut. Tapi Alhamdulillah, teguran saya tersebut berhasil. Nampaknya mereka malu apabila ditegur begitu lalu membetulkan posisi mereka. Saya pun terus meninggalkan mereka dan kembali duduk ditempat saya. Saya meruskan pemerhatian saya sehinggalah saya sampai ke destinasi. Mereka patuh nasihat tersebut.

Kalau diikutkan saya pun bukannya berani sangat untuk menegur tapi jika dibiarkan, maksiat kecil itu boleh menyebabkan kemusnahan yang besar dalam masyarakat.

Oleh itu, kesimpulan yang ingin saya nyatakan adalah, masyarakat kita tidak berani buat kerja HISBAH kalau kita sendiri golongan yang hebat ‘tallaqi’ ni sendiri pun penakut. Bagaimana kita ingin melihat masyarakat kita berubah sekiranya kita sendiri yang tidak berubah untuk menjadi pekerja sukarela HISBAH di mana sahaja. Jadi balik nanti, jangan lupa isi kerja kosong ini. Kempenlah diri sendiri untuk menjadi anggota HISBAH dan ajarlah masyarakat kepentingan HISBAH ini. Mulakanlah dahulu dengan yang paling kecil dan yang termampu..Selamat bertugas!

APA ERTI 80 TAHUN PMRAM


Sedar atau sedar umur PMRAM sudah pun mencapai 80 tahun. Sekiranya PMRAM adalah seorang manusia, maka dia sudah tentu digambarkan dengan seorang yang amat tua yang tidak lagi mempunyai wajah yang menarik. Tetapi PMRAM bukanlah seorang manusia bahkan umur 80 tahun tersebut mencerminkan kematangan PMRAM sejak dahulu sehingga sekarang dalam berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupannya untuk 'mengilangkan ' berpuluh puluh ribu graduan bumi kinanah ini supaya menjadi manusia yang berguna untuk agama dan tanah air.

Jikalau PMRAM seorang manusia, PMRAM sudah tentu akan terlantar di katil hospital kerana ditimpa pelbagai penyakit dek umurnya yang terlalu tua. Namun, PMRAM tidak sama dengan manusia kerana angka 80 tahun semakin menzahirkan kegagahan dan keperkasaannya serta kehebatannya memberikan kebajikan dan perlindungan terbaik kepada masyarakat Melayu di bumi para nabi ini.

Sepanjang 80 tahun, PMRAM telah berjaya melahirkan para mujahid, para pendakwah, para ulama, para profesional, para pemikir, tokoh-tokoh kemerdekaan, tokoh-tokoh politik dan kalau mahu sebutlah apa jua bidang pun nescaya akan ada kaitannya dengan PMRAM kerana PMRAM-lah yang memberikan 'roh' kepada ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh para ilmuan lepasan Mesir dan selainnya. Tanpa roh itu mereka akan gagal menjadi golongan yang memainkan peranan besar dalam membentuk corak pemikiran dan kesedaran sebagai khalifah Allah s.w.t dalam jiwa masyarakat.

Angka 80 tahun itu sebenarnya wajar mengangkat nama PMRAM sebagai GERAKAN MAHASISWA ISLAM PALING LAMA DI PERINGKAT ANTARABANGSA. Tidak usah kita berbangga dengan gerakan-gerakan Islam yang lain di dunia pada abad ini. Cukuplah PMRAM buat kita. Kalau tidak kerana kekangan politik atau lain-lain sebab nescaya PMRAM akan disenaraikan dalam world book of record kerana sejarahnya itu. Tetapi bukan itu yang PMRAM mahukan sebenarnya. PMRAM bukan gilakan nama. PMRAM hanya mahu melihat ahli-ahlinya menjadi seorang mahasiswa Islam yang tahu dan faham peranannya. Mahasiswa yang celik dan sedar akan tanggungjawab menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w.

Moga-moga Allah s.w.t memanjangkan umur PMRAM tercinta. Semoga lebih ramai lagi anak-anaknya yang lahir sebagai 'insan' sebenar dan yang 'kamil' dengan didikannya. Semoga para penyokong dan pendokongnya diangkat amalan mereka seumpama amalan para mujahidin..amin Ya Rabbal Alamin.

MALAM NISFU SYAABAN

Oleh : Al-Fadhil Ustaz Syed Abd Kadir Al-Joofre

Nisfu Sya'ban biasanya dimaksudkan 15 Sya'ban. Malam nisfu Sya'ban pula adalah malam 15 Sya'ban (14hb siangnya, malamnya, dipanggil malam 15 ya).

Di negara Arab dan Nusantara, biasanya dibacakan Yasin sebanyak tiga kali pada malam Nisfu Sya'ban setiap satu dengan niat tersendiri, yang akan diajarkan oleh para guru. Perkara ini hampir berlaku ijmak padanya, memandangkan dilakukan oleh para Fuqaha' zaman berzaman dari dahulu lagi.

Perkara ini tidak dinisbahkan kepada Rasulullah sendiri. Akan tetapi ia boleh dilakukan selagi mana ibadah tersebut tidak bertentang dengan syara' (samaada dilakukan bersendirian mahupun beramai-ramai itu sekadar satu teknik dakwah). Contohnya, zikir, doa, membaca Al-Quran, membuat kelas ilmu dan sebagainya.

Ada fatwa ulamak kontemporari yang mengatakan perbuatan ini tiada asal dan bid'ah lagi haram. Para ulamak kita di tempat lain (di Mesir, beberapa tempat di Saudi, Yaman, Siria, Nusantara, dan lain-lain) kebanyakannya tidak bersetuju dengan fatwa tersebut. Oleh kerana itulah amalan beramai-ramai pada malam Nisfu Sya'ban ini dilakukan oleh para ULAMA' zaman berzaman di merata tempat sejak zaman salaf lagi.

Di bawah ana nukilkan tulisan Sidi Abu Muhammad pada menceritakan Nisfu Sya'ban dengan jelas dan adil.

Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :

"Allah memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan." (Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)

Di Malam Nishfu Sya'baan juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm: "Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu Sya'baan."

Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.

Adapun cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.

Para tabi`in tersebut menghidupkan Malam Nishfu Sya`baan dengan dua cara:

* Sebahagian mereka hadir beramai-ramai ke masjid dan berjaga di waktu malam (qiamullail) untuk bersembahyang sunat dengan memakai harum-haruman, bercelak mata dan berpakaian yang terbaik.

* Sebahagiannya lagi melakukannya dengan cara bersendirian. Mereka menghidupkan malam tersebut dengan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa dengan cara bersendirian.

Ada pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa yang dilakukan oleh para tabi`in itu.

Berhubung dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersholat, maka lakukanlah sholat-sholat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang sunat muthlaq . Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada malam-malam yang lain.

Sedikit tambahan lagi:

Amalan-amalan ini merupakan teknik yang pelbagai dalam menyampaikan dakwah oleh para ulama silam yang amat pakar dalam menyampaikan dakwah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Adapun teknik-teknik amalan yang dilakukan oleh sesetengah pihak bergantung kepada para ulamak yang mengajarkan dan kepada siapa diajarkan. Semuanya adalah dibenarkan selagi mana tidak melanggar syara'. Samaada hendak solat sunnah, berzikir atau membaca Al-Quran bergantung kepada kemampuan individu.

Perkara-perkara ini tidak patut sama sekali diperselisihkan atau ditentang. Biarlah manusia lain ingin beramal sedanyanya tanpa kita sibuk menutup jalan-jalan kebajikan ini. Apapun perkara ini adalah dalam batasan perselisihan yang dibenarkan oleh syara'. Berlapang dadalah jika pihak lain tidak bersetuju dengan kita, selagi mana menjaga akhlak Islam.

Malang sekali jika perkara-perkara besar dalam masyarakat tidak dihiraukan, tetapi kita lebih suka membicarakan adakah boleh melakukan amalan pada malam nisfu Sya'ban atau tidak. Tetapi, kita lebih risau jika digolongkan di kalangan mereka yang menentang apabila perbuatan makruf dilakukan, manakala apabila perbuatan mungkar dilakukan, duduk diam sahaja tidak endah. Na'udzubillah min zalik. Inilah akibatnya jika tidak mempunyai kefahaman jitu dalam ikhtilaf serta ujub dengan diri sendiri dalam ilmu yang dimiliki.

Semoga kita sama-sama dapat menggarap kemuliaan malam Nisfu Sya'ban yang menjelang. Semoga Allah menggolongkan kita di kalangan mereka yang mendapat pengampunan dan rahmat-Nya pada malam tersebut. Amiin.

Wallahu A'lam

Saturday, July 17, 2010

Syair Arab Untuk Pejuang

من صفات الفرد المسلم

عشر إذا وصف بها الإنسان في الـ.....حياة حقا كان عبد ذي الجلال
أولـــها الصـحيــح فـــي عبــــادتـه.....ثــم الســـليم طبعــا في عقيدته
ثـالثـــها مـثقـف الفــــــــكر وفـــي.....أوقـــاته حـــريص وهو الوافي
وذاك رابــــــعها ثــــم بعــــــــــده.....منظــــم في شــأن مــن شـئونه
لـــغيره يكــــون نافعـــــا يــأتـــي.....سـادسـها في جسمه مؤمن قوي
تخـــلق بحســـــن فــي أخــــلاقه......وهـــــو أيضـــا جاهــد لنفســه
آخـــره قـــادر فـــي الكســب لقد.....تـــم الوصــف ولله كــل الحمــد

Daripada Sifat Seorang Muslim

Sepuluh sifat jika dimiliki oleh insan di dalam..
Kehidupan ini dia kan jadi hamba Allah sebenar-benarnya..
Pertama, benar dalam ibadahnya..
Kemudian, tentunya selamat dalam akidahnya..
Ketiga, seorang yang berilmu dalam berfikir juga dalam..
Waktunya itu dia amat-amat menjaga dan tepati..
Itulah yang keempat kemudian itu..
Dia menyusun setiap urusan-urusannya..
Kepada orang lain pula dia memberi manfaat ...
Keenam pula dia seorang mukmin yang gagah jasadnya..
Berakhlaq mulia dalam semua perangainya..
Dia juga sering bermujadah diri..
Akhir sekali berdaya untuk mencari rezeki maka sesungguhnya..
Sempurnalah sifat (sepuluh) itu dan kepada Allah-lah segala puji..


Khairul Anuar Bin Ismail
Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Wednesday, July 7, 2010

RUMUSAN FIQH AULAWIYYAT (KEUTAMAAN) DOKTOR YUSUF AL-QARADAWI

Kitab Fiqh Aulawiyyat, karangan seorang ulama ulung pada zaman sekarang yang amat dikenali oleh seluruh umat Islam di timur dan barat iaitu Al-Imam Al-Allamah Doktor Yusuf Al-Qaradawi Hafizohullah merupakan satu kitab yang amat bernilai dan cukup wajar untuk dijadikan bahan kajian, diskusi, panduan lengkap sebagai seorang muslim masa kini untuk mengenali soal-soal yang perlu menjadi keutamaannya di dalam kehidupan agar sentiasa seimbang dengan tuntutan syariat Islam.

Di dalam muqaddimah kitab beliau, telah disebut tujuan kitab ini dikarang. Seperti yang disebutkan oleh beliau, kitab ini dikarang bukanlah bertujuan untuk mendapat keseronokan dalam dunia keilmuan atau kemasyhuran atau ingin menjuarai isu-isu perdebatan umum akan tetapi kitab ini adalah satu usaha untuk merawat penyakit yang cukup membarah dan kritikal dalam jasad umat Islam iaitu penyakit tidak mampu membezakan antara perkara yang penting serta wajib didahulukan dan yang kurang penting atau boleh diketepikan terlebih dahulu. Dengan sebab penyakit itulah terlalu banyak masalah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam dalam pelbagai bidang sehingga umat Islam berpecah-belah, banyak membuang masa yang ada dalam hal-hal yang tidak perlu diutamakan yang mana akhirnya membawa kepada kemunduran serta kelemahan ketara umat Islam sendiri.

Realiti umat islam pada zaman kini tidak kira golongan awam atau mereka yang bergelar ulama sekalipun telah hilang satu pertimbangan dan mentaliti yang waras untuk menyelesaikan masalah umat. Oleh itu bagi membetulkan dan mengubati penyakit tersebut maka fiqh keutamaan wajar dijadikan ubat kepada kita semua.

Berikut beberapa isi penting kitab fiqh Aulawiyyat yang telah dinyatakan oleh Syeikhul Islam Al-Qaradawi:

1. MENGUTAMAKAN KUALITI DARIPADA KUANTITI
Apabila memilih antara kualiti dan kuantiti maka yang paling diutamakan adalah kualiti kerana perkara tersebut amat sejajar dengan tuntutan Al-Quran sendiri yang sentiasa memuji dan menyebut kebaikan golongan yang beriman lagi bersyukur walaupun bilangan mereka yang kecil dan golongan yang sedikit tetapi mempunyai kualiti yang tinggi sering kali mendapat kemenangan dalam pertembungan antara haq dan batil.

2. KEUTAMAAN DALAM BIDANG ILMU DAN MAKLUMAT:
a. Memberikan keutamaan kepada ilmu sebelum amal kerana kerana tanpa ilmu dan kefahaman maka segala usaha dan tenaga yang dicurahkan menjadi sia-sia dan tidak mampu menghasilkan natijah yang dikehendaki. Rasulullah sendiri mengingatkan kita bahaya golongan yang hebat dalam ibadah dana amalah mereka tetapi hati mereka tidak memahami hakikat ibadah dan amalan tersebut.

b. Mengutamakan kefahaman berbanding hafalan kerana hafalan yang tidak berdasarkan kefahaman tidak akan membuahkan hasil dan tidak mendorong pemikiran supaya lebih bersifat kreatif dan inovatif ataupun dengan kata lain tidak hanya pandai menukilkan tetapi berusaha untuk mengkaji dan berfikir.

c. Mengutamakan isi tujuan syariat (maqasid) berbanding bentuk zahirnya kerana Allah s.w.t yang menurunkan syariat itu maha bijaksana dan pakar dalam menetukan objektif setiap sistem yang digubal oleh-Nya. Maka dalam syariat Islam mendahulukan hukum yang membawa kepada kebaikan dan maslahat yang besar kepada umat lebih dituntut berbanding syakliyyat atau gerak-gerinya sahaja.

d. Mengutamakan ijtihad berbanding taqlid semata-mata kerana Islam sendiri tidak menyuruh pengikutnya hanya pandai mengikut-ikut perbuatan orang tanpa sebarang penyelidikan dan kajian. Oleh itu Islam amat menuntut kepada umatnya supaya sentiasa mencari dalil dan bukti dalam setiap perkara samaada dalam bidang perundangan dan lain-lain dan menyeru kepada mereka yang mampu untuk berijtihad supaya berijtihad sekiranya mencukupi sayarat-syaratnya.

3. MENGUTAMAKAN PERANCANGAN DAN STRATEGI DALAM URUSAN KEDUNIAAN
Islam tidak mengajar umat supaya hanya berserah kepada takdir dan tidak berusaha untuk mencapai cita-cita. Umat Islam disuruh untuk membangunkan dunia ini dengan dasar-dasar Islam dan juga menyeru umat supaya merancang dan membuat strategi dalam setiap urusan dunia agar umat Islam sentiasa kehadapan.

4. DALAM SOAL PERBEZAAN PENDAPAT DALAM FIKAH:
Para ilmuan Islam wajib membezakan antara perkara qat’ie dan zonni serta perkara yang didasari dengan ijtihad para mujtahid atau perkara-perkara yang menjadi ijma mereka. Maka dalam soal perselisihan ini, para ilmuan hendaklah tahu bahawa yang patut ditegah ialah soal yang telah disepakati akan kemungkarannya manakala membangunkan soal-soal yang tunjang dan kekutan Islam yang disebut dalam Al-Quran itu sendiri seperti soal akidah, iman, akhlaq, perundangan dan lain-lain adalah wajib diutamakan.

Bersambung..