Sunday, December 4, 2011

PUTAR BELIT 'ULAMA KUDA' UMNO TOLAK HUDUD

UMNO sebagaimana biasa akan menggunakan golongan yang dianggap 'ulama' untuk mempertahankan dakwaan bahawa hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia. Baru-baru ini, Penasihat agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin telah mendakwa hukum hudud yang digubal oleh kerajaan negeri PAS Kelantan adalah 'bertentangan' dengan hukum Allah.

MCA hudud forum - Left fathul and right kamalUstaz UMNO ini juga menjadikan pentas forum berjudul ‘Hudud dan implikasinya terhadap bukan Islam di Malaysia’ di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur untuk memburuk-burukkan peruntukan dan Enakmen Hudud Kelantan 1993 dihadapan masyarakat cina bukan muslim dengan dakwaan kononnya adalah tidak mengikut al-Quran dan Hadis. Hujah-hujah basi juga telah dihidangkan antaranya:

1. Mukallaf (akil baligh) ditarifkan sebagai seseorang yang berusia lebih 18 tahun dan boleh berfikir dengan waras, ini undang-undang British dan Eropah, bukan undang-undang Islam. Dalam Islam, Mukallaf adalah pada usia 15 tahun.

2. Dalam hudud PAS meliwat ke atas isteri juga dibenarkan.

3. PAS dakwa bahawa hukum hudud hanya akan membabitkan orang Islam sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, hukum itu juga terpakai kepada bukan Islam.

4. Di bawah hukum hudud PAS, mangsa rogol beragama Islam akan dihukum manakala bukan Islam yang merogol gadis atau wanita berkenaan tidak akan didakwa.

Seorang lagi 'ustaz kuda' UMNO yang terkenal dengan pemikiran wahabi pula menyatakan hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan mempunyai pelbagai kesalahan dan akibat daripada itu timbul salah faham masyarakat bukan Islam terhadap hukuman tersebut.

Ketua Ulama Muda (@kuda) UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, setiap kesalahan itu perlu kepada pembetulan dan selagi ia tidak diperbetulkan hudud tidak sesuai dilaksanakan di negeri berkenaan.

Beliau yang nampaknya tidak dapat membawa hujah konkrit dan seolah-olah 'tertinggal keretapi' dalam memahami enekmen hudud yang telah lama dibahaskan oleh para ulama dan pakar undang-undang negara telah berkata:

''Penjelasan mengenai takzir dan qisas yang juga merupakan cabang dalam hukum jenayah Islam juga perlu diperluaskan dan masyarakat bukan Islam wajar diberi penerangan mengenai hukum Islam secara keseluruhan berperingkat-peringkat,''

Pelbagai persoalan yang ingin ingin al-faqir lontarkan, manakah muka surat manakah yang terdapat dalam undang-undang hudud tersebut yang meminggirkan soal takzir dan qisas? Mangapa selama ini UMNO tidak pernah berusaha meyakinkan bukan Islam dengan undang-undang hudud? Sudah berapa kali ustaz UMNO pro wahabi ini membuat kajian terhadap enekmen hudud yang menampakkan seolah-olah ustaz wahabi ni 'buta' tentang isi kandungannya? Kalau betul ada kesalahan kenapakah Ust FB ni belum mampu kemukakan hudud yang menepati Al-Quran dan Sunnah yang beliau dakwa? Apabila presiden MCA menghina hudud kenapa si FB tidak langsung tampil untuk mempertahankan hudud dengan cara beliau supaya boleh diterima bukan muslim tetapi lebih suka memburuk-burukkan hudud yang didakwa direka oleh PAS??

Fathul Bari berkata, hukum di dalam Islam bukan setakat hukum hudud sahaja malah ia membabitkan tiga hukum paling utama iaitu akidah, syariah dan akhlak.

''UMNO tidak pernah menolak hudud kerana ini adalah hukum Allah tetapi doktrin yang ditanam oleh Pas telah menyebabkan masyarakat awam termasuk orang bukan Islam sering mengaitkan hukum Islam dengan perlaksanaan hukum hudud sedangkan ia turut mengandungi hukum takzir dan qisas.

FB mendakwa hukuman kepada penjenayah sekarang adalah berbentuk takzir dan hukum Islam tidak semestinya hudud sahaja kerana sukar dilakukan.

FB yang sentiasa mendabik dada mengikut manhaj salaf ini telah 'berjaya' memutar belit fakta hudud sebenar dihadapan pengikut MCA sekaligus mengambarkan betapa ceteknya pengetahuan beliau tentang kaedah pensabitan hukuman hudud dan prosuder yang ditetapkan dalam fiqah Islam dalam menjatuhkan hukuman terhadap penjenayah. Apa yang lebih merbahaya daripada kata-kata beliau ini adalah hudud tidak perlu dilaksanakan kerana memadai dengan takzir...ayat quran mana dan ulama mana yang si FB wahabi ni pakai????? Bak kata Nabil Raja lawak, Lu fikir la sendiri!!!



4 comments:

  1. Pendakwah, yg sepatutnya berkata dgn kata2 mulia, tapi menggelarkan sesama manusia sebagai kuda, masya Allah..........ALLAH YANG MAHA BESAR.

    ReplyDelete
  2. UMNO memang tidak dinafikan dari dahulu hingga sekarang menjadikan ulama dala UMNO sebagai kuda tunggangan mereka meyebabkan golongan ini menyembunyikan kebenaran Islam yang sebenar. Maka 'kuda' itu bukan tujuan menghina tapi menggambarkan realiti keadaan hinanya martabat seorang ulama apabila berada dalam UMNO. Dalam dakwah banyak pendekatan yang mesti digunakan ada yang keras dan ada yang lembut tetapi bagi mereka yang diberi ilmu oleh Allah tetapi menyembunyikan bahkan menyokong kekufuran maka Allah sendiri menggunakan perkataan 'laknat' dalam surah Al-Baqarah juz 2..

    ReplyDelete
  3. jawapan terbaik dari "Khairul Anuar Bin Ismail"...najib kata "HUKUMHUDUD TIDAK BERPAKSI PADA REALITI"...fahami maksud ayat ini... maksud najib ialah HUKUM HUDUD TIDAK SESUAI DI ZAMAN INI... harap org umno sempay bertaubat...sekian dimaklumkan

    ReplyDelete
  4. Nak seribu usaha... tak nak sejuta alas an....

    ReplyDelete