Wednesday, June 30, 2010

FEQAH IBADAH

PERSOALAN TAKBIRATUL IHRAM

Dalil

Takbiratul Ihram merupakan salah satu rukun solat. Dalil yang mensyariatkan takbir ini adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Tirmizi, Abu Daud dan lain-lain yang berbunyi:

مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم

"Kunci solat itu bersuci dan yang mengharamkannya (daripada selain solat) adalah takbir dan yang menghalalkannya adalah member salam."

Cara Takbir

-Lafaz yang sah dilafazkan adalah (الله اكبر) Tidak mengapa menambah sesuatu yang tidak menghalang sebutan lafaz tersebut seperti (الله الأكبر) atau (الله الجليل الأكبر).

- Sekiranya ditambah perkataan lain yang bukan daripada sifat Allah seperti الله هو الأكبر
atau seperti أكبر الله maka takbiratul ihram tidak sah.

Dalilnya adalah kewajiban mengikut perbuatan Nabi Muhammad s.a.w yang mana baginda sentiasa melazimi lafaz tersebut dalam solat baginda.

Syarat-syaratnya

Syarat sah takbiratul ihram adalah:

1. Melafazkannya sewaktu berdiri (qiam) bagi mereka yang mampu berdiri
2. Melafazkannya dengan menghadap qiblat.
3. Bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu dan tidak ada kesempatan mempelajarinya hendaklah menterjemahkannya dan menyebutnya dengan lafaz yang mengandungi maknanya dan wajib bersegera mempelajarinya.
4. Hendaklah lafaznya dan keseluruhan huruf-hurufnya didengari oleh dirinya sekiranya pendengarannya elok.
5. Menyertai niat solat.

No comments:

Post a Comment