Friday, June 25, 2010

AWAS..ULAMA JANGAN PILIH JALAN KE NERAKA

1.Bukan semua ulama itu bagus. Bukan semua ulama akan masuk syurga. Jadi sesiapa yang menggelarkan diri mereka ulama haruslah memilih samada nak menjadi ulama yang ke syurga atau ke neraka. Ulama ke syurga ialah ulama akhirat. Mereka berjuang untuk menyelamatkan manusia dan umat daripada kezaliman dan kegelapan jahiliyyah samada berbentuk pemikiran seumpama sekularisma dan lain-lain.

2. Ulama yang ke neraka pula ialah mereka yang digelar ulama Suu' atau ulama yang jahat atau ulama rice cooker dan peti sejuk. Mereka akan bersama dengan mana-mana golongan yang dapat menjaga periuk nasi mereka atau dapat menyokong kepentingan peribadi mereka.

3.Golongan ini ialah golongan yang paling dirisaukan oleh Nabi Muhammad s.a.w dan lebih dibimbangi daripada fitnah dajjal. Jadi ulama neraka lebih teruk daripada dajjal. Maka sebagaimana kita harus berhati-hati daripada fitnah dajjal maka seperti itulah kita harus berhati-hati daripada golongan ulama suu' atau lebih daripada itu.

4. Ciri-ciri ulama neraka amat mudah. Bisu dalam menyatakan kebenaran dan Haq atau cenderung kepada kezaliman. Mereka juga suka mendekati pintu istana para pemimpin yang dikenali sebagai zalim. Mereka lupa firman Allah s.w.t :

ولا تركنوا الى الذين ظلموا فتمسكم النار

"jangan kamu condong atau cenderung kepada kezaliman maka dengan itu kamu akan dijilat api neraka"

Jikalaulah hati yang cenderung kepada kezaliman itu pun diberi balasan neraka oleh Allah maka apatah lagi mereka yang bergelar ulama yang menyertai aktiviti kezaliman.

5. Ulama suu' yang meninggalkan tugasan menentang kezaliman akan diazab oleh Allah lebih awal daripada penyembah berhala atau ahli Syirik walaupun mereka beriman dengan Allah s.w.t. Imam Ibnu Roslan dalam matan Zubad menyebut:

وعالم بعلمه لم يعملن
معذب من قبل عباد الوثن
"Seorang alim yang meninggalkan ilmunya maka akan diazab lebih dahulu daripada penyembah berhala"

6. Oleh itu sekiranya mereka senyap, mereka akan diazab. Sekiranya bersama kezaliman, akan diazab. Sekiranya mendekati golongan zalim dengan alasan untuk berdakwah tetapi tidak melaksanakannya bahkan memberi fitnah kepada masyarakat awam juga akan diazab sebagai tidak cerdik menggunakan ilmu. Inilah yang dikatakan fitnah.

7. Maka untuk mengelakkan diri kita daripada menjadi ulama suu' jangan bersama mereka yang zalim, mendedahkan diri kita kepada kezaliman, jangan jadi syaitan bisu yang takut kepada manusia lebih daripada Allah dan hendaklah kita bersama umat Islam yang membawa wadah yang jelas dasar Islamnya yang ingin menegakkan kebenaran yang hakiki. Bukan bersama mereka yang masuk kedalam lubang najis dan bergelombang dengan dunia najis untuk membersihkan najis tersebut. Kalau pun najis tersebut boleh dibersihkan tetapi bau busuk masih boleh melekat ditubuh mereka.

Rujukan:

1. Ihya' Ulumiddin Imam Al-Ghazali
2.Matan Zubad




1 comment:

  1. KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, sila google tajuk-tajuk seperti di bawah ini:-

    (a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
    (b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
    (c) Jom Kenali Dr Maza & Co
    (d) Ahlul Bait Yang Dicerca
    (e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
    (f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
    (g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

    ReplyDelete