Wednesday, September 28, 2011

SYABAS BUAT PAKATAN RAKYAT

Syabas diucapkan kepada pakatan Rakyat yang berjaya pada hari ini (29 sept) mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan.


Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud.



Kita semua mengetahui pendirian UMNO dan BN dalam isu hudud dan perlaksanaanya di Malaysia di mana UMNO menyatakan bahawa pendiriannya tidak pernah berubah sejak dahulu hinggalah sekarang iaiatu tidak akan melaksanakn hudud kerana alsan masyarakat majmuk dan tidak berdasarkan realiti. Pemimpin UMNO sejak dahulu tidak mahukan perlaksanaan hudud dan ini boleh dinilai melalui ucapan mereka sebaagiman yang dilaporkan dalam akhbar seperti mana berikut:

1. Kenyataan Tun Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim : “Hukum rejam kepada penzina adalah primitive”.


2. Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1993 kepada para wartawan : “Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan”.

3. Ucapan Tun Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan : “Sukar dilaksanakan
hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam”.

4. Ucapan Tun Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan “Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkanmudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”

5. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992 : “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

6. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994 : “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

7. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994 : “Kita
(Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

8. Tun Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991 : “Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaingdengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan
hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan.”

9. Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992 : “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu.”

10. Tun Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar,Sabah, 2 Mei 1992 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dan agama.”

11. Tun Mahathir Mohamad 2/5/92 : “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum
dan agama”.

12. Tun Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997 : “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

13. Tun Mahathir Mohamad 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO : “Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat
sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah
lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

14. Tun Mahathir Mohamad, Utusan Malaysia, 19 Julai 1997 apabila tiga
orang gadis Melayu Islam ditangkap oleh lima pegawai JAIS : “Cara ini
meninggalkan kesan buruk sampai ke bila-bila kepada pihak yang terlibat
termasuk keluarga mereka. Orang-orang ini tidak faham apa yang
dikehendaki oleh agama. Inilah masalahnya apabila kita memberi kuasa
kepada orang-orang yang tidak tahu menggunakan kuasa”.

15. Dato’ Rais Yatim di Hotel Equatorial, Bangi semasa merasmikan seminar
Inter Faith Commission (IFC) dan diterbitkan di dalam infoline Majlis
Peguam : “(Dalam masyarakat majmuk) tiada orang yang boleh mendakwa
bahawa agamanya adalah agama terbaik dengan mengenepikan agama-agama
lain kerana dengan mengatakan demikian akan memusnahkan prinsip
persamaan (agama) dan prinsip kemanusiaan.”

16. Dato’ Nazri Aziz pernah secara terang-terang di satu forum anjuran Majlis Peguam :
"Umno terpaksa menggunakan Islam kerana jika parti itu tidak berbuat
demikian ia akan hilang undi kepada PAS".

Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantar agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri.

Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu.

Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan.

Melalui dua kenyataan ini maka kita dapat membuat perbezaan yang jelas antara PR dan BN dimana UMNO selamanya tidak akan berusaha melaksanakan hudud manakala PR melaui PAS akan berusaha untuk melaksanakannya di negeri Kelantan dan Terengganu dan akan membuat persetujuan bersama untuk perlaksanaannya di peringkat nasional walaupun sekarang ini masih mendapat bantahan DAP.

Berikut adalah kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut.

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Monday, September 26, 2011

HUDUD DAN MAQASID SYAR'IYYAH: KENYATAAN PEMIMPIN UMNO BERBELIT

Hudud adalah hukuman Allah bukan hukuman manusia. Ia diaktakan oleh Allah yang Maha Adil Lagi maha bijak sana. Mana mungkin makhluq lebih mengetahui daripada tuhanya apa yang terbaik buat hambaNya. Bagitu juga Islam amat menjaga 5 tunjang utama yang menjaga kehidupan manusia agar selari dengan kehendak Allah yang dipanggil sebagai maqasid syar'iyyah. Maqasid syar'iyyah hendaklah bersumberkan wahyu bukannya akal. Maka tidak logik menolak undang-undang Allah dengan alasan menjalankan prinsip maqasid syar'iyyah. Bagitulah intipati kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkenaan hal ini.

Hudud: Najib Jangan Putar Belit Berkenaan Hudud dan Maqasid

tn_haruntaib_05Kuala Lumpur, 26 September 2011 - Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Yb. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib (gambar) meminta supaya Perdana Menteri Malaysia yang memimpin Umno supaya memperbetulkan kefahaman berkenaan Hudud memandangkan beliau merupakan seorang Islam dan memimpin sebuah parti yang majoriti ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendirian Najib pada hari semalam sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama yang melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana meraikan maqasid Syariah.

Menurut beliau lagi, Maqasid Syariah adalah merupakan satu kefahaman yang penting di dalam Ilmu Islam. Ianya tidak boleh disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu apatah lagi untuk menyelamatkan sebuah parti yang bakal karam.

"Matlamat maqasid ialah memastikan keadilan tercapai, maqasid bukan digunakan untuk meghalalkan 'pemandulan' hukum hudud", tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Kenyataan ini merujuk kepada kenyataan Najib semalam sepertimana yang dilaporkan Bernama dipetik berkata: "Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip Maqasid Syariah boleh dan mampu kita pertahankan", kata Najib.

Yb. Dato' Tuan Guru Haji Harun Taib berkata lagi: "Kenyataan Najib melambangkan beliau tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan maqasid, matlamat maqasid ialah mencapai keadilan, jadi semua yang datang daripada Allah s.w.t adalah adil termasuklah hukum hudud, kalau Islam hanya dengan maqasid sahaja maka tidak gunalah syariat Islam".

"Adil bukan boleh ditafsir oleh akal manusia sahaja tanpa panduan wahyu", tambah beliau.

"Inilah sebab sebenar mengapa kita lawan Umno, prinsip kita amat berbeza sekali dengan Umno, saya juga ambil kesempatan ini untuk menyeru seluruh agamawan dan mereka yang masih cintakan Islam dalam Umno supaya meninggalkan segera parti itu kerana Umno tidak membela undang-undang Islam secara sepatutnya", ujar beliau lagi yang juga merupakan Adun Manir Terengganu.

Tuesday, September 20, 2011

Pemergian Burhanuddin Rabbani




Semalam umat Islam telah kehilangan seorang tokong mujahidin Afghanistan yang banyak berjuang menegakkan Islam di bumi Afghanistan khususnya. Beliau adalah Burhanuddin Rabbani yang dilahirkan pada 1940 di Badakhshan, beliau seorang bekas Presiden Afghanistan. Beliau juga merupakan pemimpin Jamiat-e Islami Afghanistan, dan pemimpin politik Perikatan Utara (Barisan Islam Bersatu untuk Keselamatan Afghanistan).

Pada tahun 1992, beliau menjadi ketua Jamiat- Islami dan kemudian menjadi Presiden Afghanistan hingga akhirnya dijatuhkan oleh puak Taliban pada tahun 1996. Setelah itu beliau berpindah ke Faizabad yang terletak di bahagian utara, untuk memimpin kelompok anti-Taliban dengan bantuan dan sokongan kuat dari Iran dan Rusia.

Beliau kembali diangkat semula sebagai Presiden oleh PBB setelah jatuhnya Taliban. Namun setelah itu pada akhir 2001 beliau telah menyerahkan jawatannya kepada Hamid Karzai. Beliau merupakan ketua Barisan Kebangsaan Bersatu yang merupakan pembangkang politik terbesar terhadap kerajaan Hamid Karzai.

Beliau dibunuh semalam tanggal 20 September 2011 oleh penyerang berani mati yang menyembunyikan bom didalam serban dan meledakkannya ketika berhampiran dengan Burhanuddin. Dengan ini Afghanistan kehilangan salah seorang lagi tokoh bagi umatnya.

Nama beliau mula terukir dalam sejarah apabila tentera Soviet menceroboh Afghanistan pada tahun 1979-1991, beliau, seorang professor dalam Pengajian Islam di Kabul, yang memimpin Jamaat Islami Afghanistan sebagai satu pertubuhan dakwah, kemudiannya memimpin gerakan Jamaat Islami sebagai batalion mujahideen menentang penjajahan tersebut. Kesemua 7 kumpulan besar mujahideen ketika itu adalah Jamiat Islami, Hizb Islami, Harakat Islami, Hizb Al-Wahdah, Hizbullah Afghanistan, Jamiat Ulamak Al-Islam dan Ittihad Islami.

Semoga Allah menggolongkan beliau dalam kalangan para solihin dan menerima segala amal jihadnya ketika hidup beliau. Ameen. Alfatihah.

Hudud perlu ijtihad baru, kata Dr Asri

Pelaksanaan hudud memerlukan ijtihad atau pandangan baru dengan mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Katanya, tiada orang beriman menafikan kewujudan nas hudud, tetapi ijtihad baru diperlukan kerana ahli fekah sejak dahulu berbeza pendapat dalam hal itu.

NONEPerdebatan itu, kata Dr Asri (kiri), tentang suasana masyarakat, kadar barang curi tertakluk bawah hudud serta cara potongan tangan, alatan dan ubatan moden yang boleh digunakan.

"Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini.

"Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment)," katanya.

Dalam kertas kerjanya yang dibentangkan sempena sambutan Hari Hudud 2011 di Kota Bharu hari ini, Dr Asri berkata, hukuman rejam kepada penzina juga patut mengambil kira pandangan yang memasukkannya bawah peruntukan takzir, bererti pemerintah boleh meminda atau membatalkannya.

'Hudud bagai wanita baik'

Katanya, terdapat juga pandangan antaranya supaya hukuman rejam disempitkan kepada lelaki ataupun perempuan yang masih berkahwin sahaja kerana "pengkhianatan kepada pasangan dan keluarga sesuatu yang amat buruk".

"Jika suasana kondusif, perubahan zaman dan tempat diambil kira dalam pelaksanaan hukuman, maka kita akan dapati hudud mencapai matlamat pencegahan, pendidikan dan dalam masa yang sama menonjolkan keindahan hukuman tersebut.

"Jika tidak, hukuman itu akan membawa fitnah dan salah sangka terhadap Islam.

"Saya selalu sebutkan hudud bagaikan wanita yang baik, ia akan indah jika bersuamikan lelaki yang baik.

"Namun keindahannya akan hilang jiwa berada di bawah suami yang fasik dan rosak," kata pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Hudud merupakan jenayah dalam Islam meliputi kesalahan berzina, qazaf, minum arak, mencuri, merompak, murtad dan derhaka kepada pemerintah yang menjalankan syariat Islam.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Asri berkata, hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini kerana keadaan tidak kondusif dan tidak wajar mana-mana pihak menyalahkan pihak lain kerana tidak melaksanakan hukum itu.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini.

"Jika ada hukum yang ditegak atas nama Islam tetapi gagal membawa keadilan kepada kehidupan manusia, maka ia bukan syariat yang Allah kehendaki sekalipun dipetik dalil-dalil agama dalam mempertahankannya," katanya kepada pemberita.

Sunday, September 18, 2011

Salam Jihad


Sudah lama al-faqir tidak membuat apa-apa catitan dalam blog ini. Kesibukan dengamn urusan sebagai guru dan tugasan amal islami yang lain sedikit sebanyak mengurangkan mood untuk menulis. Namun, seminar siasah syariyyah peringkat Kebangsaan yang diadakan semalam di Balai Islam Lundang anjuran Kolej Islam Sultan Islam ismail Petra (KIAS) telah mengembalikan semula semangat al-faqir untuk meneruskan jihad bil qalam demi menyebarkan kefahaman Islam yang berlandas manhaj yang sebenar.

Al-Faqir banyak mengambil manfaat melalui seminar yang diadakan. Pembentangan tajuk-tajuk kritikal oleh para ulama tempatan seperti Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman, Tan Sri Syeikh Ghazali dan lain-lain dalam aspek siasah syar'iyyah menyuburkan kembali budaya ilmu dan semangat mengkaji dalam diri al-faqir.

Sesungguhnya para ilmuan dalam negara kita atau yang masih lagi meneruskan usaha untuk menjadikan dirinya sebagai ulma' amilin mestilah tidak memustuskan dirinya dengan alam kajian dan sentiasa menambhkan ilmu yang ada dengan apa jua cara sekalipun. Tugas untuk menegakkan sebuah daulah perlulah dipikul oleh golongan ini dalam menyediakan rangka dan plan terbaik bagi sebuah negara Islam abad baru selain sentiasa berusaha dan bekerja siang dan malam untuk menjatuhkan kuasa tahgut di dalam dan luar negara yang juga berhempas-pulas untuk memastikan Islam tidak bertapak di atas dunia ini.

Oleh itu teruskanlah usaha untuk meneruskan jihad ini semoga Allah terus memberikan bantuan kepada para hambanya yang mukhlisin.