Wednesday, October 19, 2011

KESEIMBANGAN TUGASAN DALM HIDUP PARA DAIE

يقول الداعية فتحي يكن رحمه الله , في كتابه الرائع أبجديات التصور الحركي
من أبرز العوامل التي تساعد الداعية المسلم على العطاء الناضج المستمر ، تمكنه من تحقيق التوازن بين اهتماماته ، وقدرته على النهوض بكامل مسئولياته ، دونما تفريط أو إفراط ، ودونما تغليب جانب على آخر

فالداعية أمام مسؤوليات ثلاث
ـ مسئوليته تجاه نفسه .
ـ مسئوليته تجاه أهله .
ـ مسئوليته تجاه مجتمعه


Ulama Haraki dan pendakwah terkenal, Dr Fathi Yakan Rahimullah telah menyebut di dalam kitab beliau yang menarik, Abjadiiyat Tasawwur al-Haraki:

Daripada foktor-faktor yang dapat membantu para daie muslim untuk memberikan impak dakwah yang segar adalah kemampuannya untuk melakukan keseimbangan antara tugasan-tugasannyanya dan kebolehannya menyempurnakan semua tanggungjawab-tanggungjawab yang digalasnya tanpa melampaui batas ataupun cuai dan juga tidak mengutamakan sesuatu perkara sahaja daripada perkara lain..

Maka seorang Daie berhadapan dengan 3 tanggungjawab:

1. Tanggungjawab terhadap dirinya

2. Tanggungjawab terhadap keluarganya

3. Tanggungjawab terhadap masyarakatnya



والداعية الموفق الناجح ، هو الذي يحفظ معادلة التوازن هذه ، فيعطي كل جانب من هذه الجوانب حقه من الاهتمام ، تنفيذًا لتعاليم النبوة ، وامتثالاً لقول رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ : ( إن لنفسك عليك حقًّا ، وإن لزوجك عليك حقًّا ، وإن لربك عليك حقًّا ، فأعط كل ذي حق حقه

Seorang pendakwah yang cemerlang dan berjaya ialah yang dapat menjaga kadar kesimbangan perkara-perkara tersebut. Lalu, ia dapat memberikan perhatian yang sepatutnya kepada setiap sudut daripada sudut-sudut tersebut sebagai perlaksanaan terhadap perintah-perintah dan suruhan yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya dirimu mempunyai hak ke atasmu, isterimu mempunyai hak ke atasmu dan Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, maka, berilah setiap yang berhak itu akan haknya (yang diwajibkan ke atasmu)”..

والذين لا يتقيدون بهذه القاعدة ، ولا يعملون على تحقيق التوازن بين اهتماماتهم ، ويغالون في الاهتمام بجانب من مسؤولياتهم على حساب الجوانب الأخرى .. إن هؤلاء في أكثر الأحيان يفقدون عنصر الاستقرار في حياتهم ، ولا يملكون القدرة على الاستمرار في دعوتهم

Mereka yang mengabaikan asas ini dan tidak dapat mengimbangi antara tanggungjawabnya serta hanya mengutamakan satu aspek sahaja daripada aspek-aspek yang lain dalam tugasan-tugasan mereka, sesungguhnya mereka semua itu akan kehilangan unsur ketenangan dalam kehidupan mereka pada kebiasaannya. Mereka juga tidak mampu meneruskan urusan dakwah..


وإذا كان الإسلام يفرض على الأخ المسلم أن يوازن بين اهتماماته تلك ، فلكي يتمكن من تحقيق قوامة الدعوة على جوانب حياته كلها ، وبذلك يكون رجل الدعوة في كل الميادين الخاصة والعامة .
ومن أخطر الأمراض التي تصيب الدعاة والعاملين للإسلام ، اهتمامهم بالإسلام خلال عمل الدعوة ، وانفصامهم عنه خارج هذا النطاق ، سواء في شؤونهم الخاصة أو العائلية أو الوظيفية ,بمعنى أن هؤلاء يعيشون الإسلام من خلال أجواء التنظيم فقط ، ثم ينسلخون عنه فيما عدا ذلك من أجواء ، وبذلك يكون الإسلام في وادٍ وحياتهم الخاصة والعائلية في وادٍ آخر .
وإذا كان على الأخ المسلم تحقيق المعادلة بين مسؤولياته المتعددة ، فإن عليه كذلك أن يعمل على تحقيق التوازن في نطاق كل مسؤولية من هذه المسئوليات

Apabila Islam telah mewajibkan ke atas saudara muslim keseimbangan antara tangunggjawabnya itu, (maka wajiblah melaksanakannya) agar boleh direalisasikan keutuhan dakwah dalam setiap sudut kehidupannya, demi melahirkan kader dakwah dalam setiap medan yang khusus mahupun umum. Penyakit yang paling bahaya yang sedang menimpa para Daie dan aktivis Islam ialah sikap hanya mengutamakan gerak kerja Islam dalam berdakwah tetapi terpisah daripadanya apabila berada diluar kawasan tugasnya, samaada urusan peribadinya, keluarganya, pekerjaanya dengan maksud hanya hidup dengan Islam semasa melaksanakan urusan tanzim sahaja kemudian meninggalkannya dalam urusannya yang lain yang menyebabkan Islam hanya ada pada satu sudut sahaja tetapi kehidupan peribadinya dan keluarganya berada di sudut yang lain. Oleh itu, apabila seorang saudara muslim wajib melaksanakan keseimbangan antara tangungjawabnya yang pelbagai, maka wajiblah juga ke atasnya untuk melaksanakan keseimbangan dalam setiap tugasan daripada tugasannya-tugasannya itu.

No comments:

Post a Comment