*Edisi yang dikemaskini
1. Antara ungkapan yang masyhur daripada Al-Imam Az-Zahabi Radiallahu Anhu adalah ungkapan yang ditujukan kepada gurunya Al-Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah, seorang ulama yang penuh kontroversi dalam dunia ilmu-ilmu Islam. Ungkapan tersebut berbunyi:
1. Antara ungkapan yang masyhur daripada Al-Imam Az-Zahabi Radiallahu Anhu adalah ungkapan yang ditujukan kepada gurunya Al-Imam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah, seorang ulama yang penuh kontroversi dalam dunia ilmu-ilmu Islam. Ungkapan tersebut berbunyi:
"نحب ابن تيمية ولكن الحق أحب إلينا"
Kaabah lambang persaudaraan, perpaduan, kasih sayang, kekuatan dan kecintaan kepada Allah atad dasar syahadah
2. Peristiwa perselisihan Imam Ibnu Taimiyyah R.A dan para ulama pada zaman beliau telah pun diketahui umum. Perselisihan yang besar ini sehingga sekarang ini belum lagi terpadam dan kita tidak tahu bilakah ianya akan berakhir. Perselisihan inilah yang telah melahirkan banyak puak dan golongan dalam Islam yang mana dikenali pada abad-abad terkhir ini dengan panggilan wahabiyyah dan kaum muda dan golongan yang menentang mereka dipanggil ahlu sunnah atau kaum tua.
3. Penulisan saya kali ini bukan bertujuan ingin menceritakan semula sejarah perselisahan dan pandangan penulis berkaitan golongan wahabiyyah, kaum muda, Ansorul Sunnah dan lain-lain atau ingin menegakkan pandangan kaum tua atau sebagainya. Namun apa yang ingin dinyatakan oleh saya di sini adalah keindahan adab dan tatasusila serta akhlak yang begitu hebat yang ditunjukkan oleh para Imam-Imam besar umat Islam dalam menangani isu perselisihan pandangan dan pendapat walau apa jua bentuknya.
4. Sesiapa yang pernah mengkaji kehidupan Imam Az-Zahabi akan mengetahui bahawa Imam tersebut merupakan murid yang penuh setia dan amat terpengaruh dengan ajaran serta ilmu Imam Ibnu Taimiyyah. Dengan jasa Imam Ibnu Taimiyyah, Imam Az-Zahabi muncul sebagai bintang yang bersinar dalam ilmu hadith sehingga digelar Al-Hafidz, menjadi seorang yang faqih dalam hukum-hukum dan seorang ahli sejarah yang tiada tandingannya. Ini tanpa kita mengetepikan usaha Imam Az-Zahabi sendiri untuk berguru dengan Imam-Imam yang lain seumpama Imam Al-Hafiz Al-Mizzi R.A.
5.Kita juga mengetahui Imam Az-Zahabi tidak sependapat dengan Imam Ibnu Taimiyyah dalam pentafsiran ayat-ayat mutasyabihat. Beliau dalam hal tersebut bersama-sama dengan para ulama yang lain. Beliau juga pernah mengutuskan surat kepada Imam Ibnu Taimiyyah menegur beliau berkaitan pendapatnya itu dalam salah satu karangan beliau.
6. Persoalan yang ingin dilontarkan di sini ialah: Apakah bezanya kita dengan Imam az-Zahabi? Jawapannya adalah: Perbezaan kita dengan beliau adalah kita telah melupakan adab sesama muslim dalam menangani perselisihan dan khilaf. Kita lebih suka menggunakan emosi, kata-kata kesat, ejekan, daripada menggunakan uslub kasih-sayang sebagaimana yang ditonjolkan oleh Imam Az-Zahabi terhadap gurunya yang amat berjasa itu. Hal ini tidak mengira di pihak siapakah kita, wahabi atau kaum muda ataupun kaum tua.
7. Kepada mereka yang suka membangkitkan isu khilaf dan perselisihan, saya ingin bertanya. Adakah kita mampu untuk menyatakan kasih sayang kita terhadap mereka yang tidak sependapat dengan kita atas dasar seorang muslim dan muslim yang lain? Adakah kita lupa firman Allah:
انما المؤمنون إخوة فأصلحوا بين أخويكم
8. Adakah kita boleh kemedan perang bersama-sama untuk melawan musuh sebenar umat Islam yang ingin menghancurkan Islam itu sendiri sebagaimana Imam Ibnu Taimiyyah yang bangkit dengan seruan jihad bersama para ulama yang tidak sealiran dengan fahaman beliau untuk menentang Tartar?
9. Jadi seruan saya kepada semua sahabat, rakan seperjuangan marilah kita mengenali musuh utama dan lawan sebenar kita. Sejarah para ulama silam telah banyak memberikan contoh kepada kita berkaitan hubungan kasih sayang mereka walaupun sebesar mana pun perselisihan yang mereka hadapi. Hayatilah kalam mutiara Imam Az-Zahabi tersebut yang masih mencintai gurunya itu walaupun masing-masing sebenarnya cuba mencari kebenaran. Marilah kita beradab dan cinta –mencintai sesama muslim lebih-lebih lagi mereka yang telah banyak berjasa terhadap perjuangan Islam.
Sumpahan Allah Adalah Untuk Siapa & Kepada Siapa?Mengapa?www.rosemujahid.blogspot.com
ReplyDelete