Baru-baru telah berlaku sedikit perbincangan panjang antara saya dan beberapa sahabat dalam Facebook berkaitan hukum menyentuh mushaf al-Quran dengan air liur untuk menyelak halaman-halamannya. Setelah di rujuk kepada kitab-kitab mazhab al-syafie maka berikut beberapa fatwa dan pandangan ulama Syafieyyah berkaitan masalah tersebut. Moga ianya dapat dikongsi bersama.
“Di dalam Hasyiah Qalyubi ke atas Syarah Imam Al-Mahalli (Kanzul Raghibeen) disebutkan bahwa harus (melakukan demikian) selagi mana tidak menimbulkan penghinaan seumpama meludah ke atas papan lauh untuk menyapunya kerana ianya membantu”
Wallahu A'lam.
وفي القليوبي على المحلي يجوز ما لا يشعر بالإهانة كالبصاق على اللوح لمحوه ؛ لأنه إعانة ا هـ
“Di dalam Hasyiah Qalyubi ke atas Syarah Imam Al-Mahalli (Kanzul Raghibeen) disebutkan bahwa harus (melakukan demikian) selagi mana tidak menimbulkan penghinaan seumpama meludah ke atas papan lauh untuk menyapunya kerana ianya membantu”
وفي فتاوى الجمال الرملي جواز ذلك حيث قصد به الإعانة على محو الكتابة
“Dalam fatwa Imam Al-Jamal Ar-Ramliyy harus melakukan demikian sekira diniatkannya sebagai cara yang membantu untuk menyaru tulisan”وفي فتاوى الشارح يحرم مس المصحف بإصبع عليه ريق إذ يحرم إيصال شيء من البصاق إلى شيء من أجزاء المصحف ويسن منع الصبي مس المصحف للتعلم خروجا من خلاف من منعه منه
“Di dalam Fatwa Syarih (Imam Mahalli) haram menyapu mushaf dengan jari yang ada padanya air liur kerana haram meletakkan sesuatu daripada ludah ke mana-mana juzuk mushaf (sekiranya menghina-pntrmh) dan disunatkan menegah kanak-kanak menyentuh mushaf untuk belajar kerana keluar daripada khilaf ulama yang menegah daripadanya”Wallahu A'lam.
No comments:
Post a Comment