Sunday, December 26, 2010

KAJIAN FEQH SYURA MENURUT PERSPEKTIF SYARA’

Disediakan oleh:
Fakhrurazi Ghazali
Fakulti Syariah Wal Qanun (Syariah Islamiah)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله

Abstrak:

Syura adalah merupakan suatu tuntutan yang difardhukan kepada umat Islam. Kepentingan syura dalam menyelesaikan masalah adalah begitu penting terhadap sesebuah pertubuhan, organisasi mahupun pentadbiran kerajaan. Ianya juga dianggap sebagai salah satu daripada cabang fiqh yang perlu diberi pemahaman semula di dalam menghadapi sesuatu cabaran dan tuntutan semasa. Ia adalah asas dan kaedah tertinggi dalam melaksanakan kewajipan agama sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perintah syura yang diwahyukan kepada baginda SAW sebagai suatu penghormatan kepada akal fikiran insan berpandukan wahyu Allah SWT.


1.0 KONSEP SYURA DALAM ISLAM

Syura adalah merupakan suatu konsep perbincangan yang diletakkan bagi menyelesaikan sesuatu masalah dalam pentadbiran umat Islam. Pentingnya sistem syura dilaksanakan adalah untuk mengelakkan perselisihan pendapat, pandangan mahupun emosi dalam rangka untuk menentukan titik persefahaman dan permuafakatan di antara semua pihak dalam perkara-perkara yang tidak mempunyai nas secara qat’ie yang melibatkan umat Islam .
Firman Allah SWT :

وأطِيعوا الله َورسولَه ولا تنازَعوا فتفشلوا وتذهبَ ريحكُم واصْبِروا إنَّ الله مع الصابرين (الا نفال 46)

“Janganlah kamu berbantah-bantah nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang sabar”.

Keadilan di dalam Islam adalah keadilan yang bersifat tetap ثابتة yang melibatkan keseluruhan masyarakat dalam meraikan maslahah serta meletakkan dasar persamaan dalam menentukan hak dan kewajipan serta kebebasan untuk berie’tikad dan melaksanakan amal ibadat.

Ruang lingkup syura adalah berlegar di bawah wilayah Khalifah. Ianya adalah disifatkan sebagai suatu bentuk dzoman (jaminan) tehadap dua dasar utama pentadbiran yang dibawa oleh mana-mana kerajaan Islam yang memerintah. Dasar ini adalah untuk melaksanakan hukum-hakam Islam dan menjaga maslahah ummah. Dua dasar inilah yang dijamin melalui perlaksanaan sistem syura yang juga merupakan sebuah badan muhasabah terhadap pemerintah.

Di sana perlulah kita membezakan di antara sistem syura di dalam Islam dengan sistem-sistem lain ciptaan manusia. Perlulah ditegaskan bahawa Islam meletakkan kuasa perundangan tertinggi سيادة التشريعية kepada syara' dan bukanlah kepada mana-mana pertubuhan atau individu-individu tertentu.



Firman Allah SWT :

فلا وربك لا يؤمنون حتى يحكموك فيما شجر بينهم ثم لا يجدوا فى أنفسهم حرجاً مما قضيت ويسلموا تسليماً (النساء 65)

“Tidak, demi tuhanmu mereka tidak juga beriman kepada engkau sehingga mereka mengangkat engkau menjadi hakim untuk mengurus perselisihan antara mereka, kemudian mereka tidak memperolehi keberatan dalam hatinya menerima perutusan engkau dan mereka terima sebenar-benarnya”.


1.0 PENGERTIAN SYURA

Dr. Muhammad Abdullah Khatib menjelaskan di dalam suatu risalahnya berhubung dengan definisi syura. Beliau menjelaskan ianya adalah :

“Suatu bentuk kerjasama dalam bertukar fikiran dan pandangan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kemaslahatan muslimin berdasarkan kaedah yang sesuai dalam mencari titik permuafakatan dan kebenaran serta ketaatan kepada Allah SWT”. 2

Perbincangan (syura) adalah berkisar mengenai perkara-perkara mubah yang berkaitan dengan hal ehwal muslimin di mana berlakunya perbahasan serta munaqasyah dari pelbagai pandangan yang di wakili oleh pelbagai pihak.


2.0 PANDANGAN ULAMAK MENGENAI SYURA

Firman Allah SWT :

فبما رحمةٍ من الله لِنْتَ لهم ولو كنْتَ فظًّا غليظَ القلب لانْفضُّوا مِن حولك فاعْفُ عنهم واستغفر لهم وشاوِرْهم في الأمر فإذا عزَمْتَ فتوكل على الله إن الله يحب المتوكلين (سورة آل عمران اية 159)

Al-Nasafi : Syura adalah suatu bentuk perbincangan yang membawa kepada kebenaran dan ketepatan dalam menyelesaikan masalah.

Hassan Basri: Inilah akhlak mulia baginda SAW dan inilah jua caraku dan begitu jualah kepada seluruh kepimpinan umat Islam.

Syed Qutb : Ayat وشاورهم فى الأمر adalah menunjukkan kaedah asas yang diletakkan oleh Islam dalam sistem pemerintahan. Adapun bentuk syura mahupun perlaksanaannya adalah bergantung kepada kesesuaian umat, zaman mahupun perubahan semasa. Namun apa yang pentingnya adalah perlaksanaan kepada sistem syura tersebut kerana ia merupakan salah satu juzuk daripada pemerintahan Islam yang dituntut syara’.

3.0 SIGNIFIKASI SYURA DALAM ISLAM

Perlaksanaan syura adalah merupakan suatu anugerah Allah SWT terhadap akal manusia. Dr Abdul Halim Mahmud pernah menjelaskan berhubung dengan masalah akal dan Al Quran, bagaimana seringkali disebutkan perintah berhubung dengan tuntutan al tafkir dan al tadabbur sebagaimana Firmannya, (( الحشر2 فاعتبروا يا أولى الأبصار

Firmannya lagi
وإن فى ذلك لذكرى لمن كان له قلب أو ألقى السمع وهو شهيد (ق 37) .

Begitu juga ayat-ayat yang diakhiri dengan أفلا تعقلون , أفلا تبصرون ، أفلا تتفكرون menjelaskan lagi penegasan syara' berhubung dengan pemikiran sebagai suatu medium yang perlu diguna pakai dan ditafsirkan mengikut perintah syara’.

Badan syura terbentuk sebagai suatu badan yang khusus dalam menentukan sesuatu dasar. Di atas dasar inilah maka sewajibnya wujud suatu badan muraqabah (pengawasan) dalam mengawasi perjalanan majlis syura supaya tidak berlakunya kecacatan terhadap ketidakseimbangan institusi ini. Beberapa masalah perlulah dikawal selia seumpama dalam masalah perlucutan jawatan khalifah sekiranya berlaku pengabaian terhadap tugas khalifah.

Hukuman hanyalah boleh dijatuhkan kepada khalifah setelah berlakunya kesan terhadap ummah melalui masalah yang ditimbulkan oleh khalifah. Justeru, wujudnya badan muraqabah ini adalah untuk menghentikan penyelewengan dalam pentadbiran khalifah sebagai menolak kemafsadatan terhadap ummah.4

Kajian terhadap sirah Khulafa’ al Rasyidin mendapati bagaimana asas ini diletakkan dalam pentadbiran khalifah.

1.Ucapan Saidina Abu Bakar RA ketika mana beliau dilantik menjadi khalifah:

إذا أحسنْتُ فأَعِينُونى وإن أخطأْتُ فقَوِّمونى

2.Ucapan Saidina Umar RA :

أيها الناس إذا وجدْتم ِفيَّ اعوجاجا فقوِّمونى .. قال بعضهم واللهِ لو وجدنا فيك اعوجاجا لقوَّمْناه بسيوفنا....وأجاب عمر الحمدلله الذى جعل بيننا رجالا قادرين على تقويم اعوجاج عمر بسيوفهم

Mereka inilah yang digelar sebagai ahli halli wal aqdie (para sahabat) dan merekalah sebagai sebuah badan muraqabah (pengawasan) terhadap khalifah disamping orang yang melantik dan menjadi ahli syura bersama khalifah, bahkan kadang-kadang hak muraqabah ini menjadi kewajipan setiap individu untuk mengawasi perjalanan pentadbiran khalifah. Namun di sana tiadalah kaedah yang ditetapkan secara khusus daripada sirah Khulafa’ al Rasyidin berhubung dengan perlaksanaan badan ini dari aspek gerak kerja dan perjalanan dalam mengawasi khalifah.

Walaupun dari segi tarikhnya tidaklah dijelaskan secara terperinci tetapi ulamak menetapkan perlaksanaan terhadap wujudnya badan ini perlulah dilihat dari aspek usul syara', kemudian kepada kaedah-kaedah umum dalam perundangan masakini yang tidak bercanggah dengan asas-asas syara'.

Dalam sistem parlimen, perlaksanaan terhadap dasar dan kuasa ketua negara adalah dilaksanakan melalui majlis eksekutif yang menjadi perantara terhadap perlaksanaan dasar yang dibincangkan di parlimen. Majlis inilah secara langsungnya yang menjalankan tugas muraqabah terhadap dasar-dasar yang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah melalui wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat.

Sesetengah individu ada kalanya tersilap dalam memberikan tafsiran dengan mengatakan bahawa syura adalah terkesan daripada perundangan ciptaan manusia dalam beberapa perkara. Di sini perlulah dijelaskan kembali beberapa perbezaan di antara syura daripada sistem selainnya.

1.Syura adalah istilah yang diguna pakai dalam Islam seumpama kalimah solat, iman zakat dan sebagainya. Allah SWT telah menjelaskan di dalam suatu surah mengenai kefardhuan syura :
والذين استجابوا لربهم وأقاموا الصلاة وأمرهم شورى بينهم ومما رزفناهم ينفقون (الشورى 38 (

“Dan (untuk) orang-orang yang memperkenankan seruan kepada tuhannya dan mendirikan sembahyang sedang urusan mereka dengan bermesyuarat sesama mereka dan mereka menafkahkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka”.

Istilah ini tidak sah untuk ditafsirkan selain daripada apa yang dijelaskan oleh Al-Quran mengenai tafsiran kalimah syura dan sebagaimana yang dijelaskan oleh sunnah Baginda SAW.

2. Kaedah Syura bukanlah bersifat tetap ثابتة. Sebaliknya ia ditinggalkan untuk perlaksanaan berdasarkan kesesuaian masa dan tempat. Ianya adalah merupakan beberapa juzuk penting yang perlu dilaksanakan dalam pentadbiran Islam.

3. Ahli syura adalah terdiri di kalangan mereka yang mendekatkan diri kepada Allah dan bersifat adil. Mereka melaksanakannya sebagai suatu ibadat dengan tujuan menolak kemafsadatan dan mengambil kemaslahatan seterusnya meletakkan keazaman kepada Allah SWT terhadap keputusan yang diambil dalam usaha mengelakkan perpecahan .
فإذا عزمت فتوكل على الله (آل عمران 159)

4. Matlamat dan tujuan syura hanyalah untuk mencari kebenaran dan keredhaan Allah SWT serta mengelakkan diri daripada tuntutan hawa nafsu, taasub pandangan mahu pun mempertahankan kepentingan diri sendiri dan jamaah tertentu .
DarulBayan:
3.0 DEMOKRASI BARAT

Asas perundangan demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi (سلطة السياسية) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran terhadap rakyat secara umumnya.5

Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.
Firman Allah SWT:

( تبارك الله رب العالمين ألا له الخلق والأمر

“Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“

( إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذالك الدين القيم

“Hukum itu tidak lain hanya bagi Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.


4.0 PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI

Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah
Firman Allah SWT :

إنا عرضْنا الأمانةَ على السماوات والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أن يحمِلْنَها وأشْفَقْنَ منها وحمَلها الإنسانُ إنه كان ظَلُومًا جَهُولا (الأحزاب 72)

Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6
Firman Allah SWT:

وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبينا
(الأحزاب 36)

Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan حاكمية الله ) ) yang tertinggi. Maka kewajipan mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan berdasarkan perubahan zaman sebagaimana juga syura.

2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ie’tikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan sedangkan maqasid ialah matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi

3.0 DEMOKRASI BARAT

Asas perundangan demokrasi ialah meletakkan kekuasaan dan undang-undang tertinggi (سلطة السياسية) negara kepada rakyat. Suara majoriti rakyat adalah merupakan kuasa perundangan tertinggi dalam sesebuah negara bagi menentukan hala tuju pentadbiran terhadap rakyat secara umumnya.5

Tertegaknya undang-undang demokrasi ini disebabkan penolakan terhadap rahib-rahib gereja yang terlampau ekstrim dalam menentukan kewajipan dan wasiat yang berbentuk khurafat serta pendustaan di atas nama pemerintahan dan kebenaraan Ilahi. Maka penolakan inilah yang membawa kepada tercetusnya pergolakan seterusnya dibangunkan kekuasaan rakyat dengan menentukan kebenaran mutlak adalah milik rakyat sepenuhnya.

Inilah falsafah demokrasi yang berbeza daripada Islam, iaitu kekuasaan mutlak diberikan kepada suara majoriti rakyat. Inilah yang ditegaskan oleh Dr. Solah Sowi bahawa meletakkan kekuasaan tertinggi di tangan rakyat adalah merupakan perkara yang bertentangan dengan agama Islam dan juga agama-agama samawi yang lain. Semenjak Nabi Adam A.S. diciptakan sehinggalah lahirnya Nabi Muhammad SAW tiadalah kuasa tertinggi dalam pentadbiran melainkan syariat Allah SWT sahaja.

Allah SWT telah menyatakan di dalam kitabnya akan kebatilan mana-mana perundangan yang menyimpang daripada apa yang telah ditetapkannya.

Firman Allah SWT: تبارك الله رب العالمين ألا له الخلق والأمر
“Ingatlah, kepunyaan Allah hak ciptaan dan segala urusan“

إن الحكم إلا لله أمر ألا تعبدوا إلا إياه ذالك الدين القيم
“Hukum itu tidak lain hanya bagi Allah.. Dia menyuruh supaya kamu jangan menyembah melainkan kepadanya. Demikian itulah agama yang lurus”.

Jelasnya perlembagaan tertinggi hanyalah terletak kepada syara’ dan tidak kepada selainnya. Keseluruhan undang-undang yang menuntut kepada perintah yang berkaitan dengan mukallaf ataupun pilihan kepada hambanya hanyalah milik Allah SWT sahaja. Manakala manusia tiada baginya hak sedikitpun untuk mengubah mana-mana ketetapan yang telah nyata dan pasti melalui petunjuk dan wahyunya.


4.0 PERBEZAAN DI ANTARA SYURA DAN DEMOKRASI

Syura adalah suatu bentuk kerjasama dalam menyuarakan pendapat bagi menentukan ketetapan atau perundangan dalam pentadbiran Islam. Ia berbeza daripada sistem-sistem selainnya disebabkan tanggungjawab di meja syura adalah sebagai memikul amanah Allah SWT. Ia diwujudkan sebagai badan perundangan dan pentadbiran di mana kekuasaannya berpandukan syariat Ilahi yang disampaikan melalui Al Quran dan Al Sunah
Firman Allah SWT :

إنا عرضْنا الأمانةَ على السماوات والأرضِ والجبالِ فأَبَيْنَ أن يحمِلْنَها وأشْفَقْنَ منها وحمَلها الإنسانُ إنه كان ظَلُومًا جَهُولا (الأحزاب 72)

Maka tanggungjawab Khalifah terhadap ummah adalah sebagai perantara di antara kekuasaan Ilahi dengan urusan pentadbiran dan jajahan yang diserahkan kepada hambanya. Segala kekuasaan ini diberikan adalah untuk mendirikan ajaran agama dan melaksanakan tanggungjawab siasah berpandukan kepada ajaran yang diwahyukan kepada baginda SAW.6
Firman Allah SWT:

وما كان لمؤمن ولا مؤمنة إذا قضى الله ورسوله أمراً أن يكون لهم الخيرة من أمرهم ومن يعص الله ورسوله فقد ضل ضلالاً مبينا
(الأحزاب 36)

Justeru, kewajipan manusia sebenarnya adalah mengikut garis panduan dan kebenaran berpandukan kekuasaan حاكمية الله ) ) yang tertinggi. Maka kewajipan mengikut perintah dan melaksanakan tuntutan syariat adalah merupakan suatu perjanjian yang diberikan oleh Allah kepada hambanya. Manakala kewajipan khalifah pula adalah sebagai pemegang amanah berpandukan wahyu dan permesyuaratan dalam menjaga maslahah insani.

Dari suatu sudut, sistem syura dan demokrasi dilihat mempunyai persamaan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:

1.Sebagai suatu sistem pentadbiran dalam mencapai matlamat untuk melaksanakan beberapa tuntutan kemanusiaan. Ianya berjalan di atas dasar kewarasan akal fikiran manusia tetapi bukanlah merupakan suatu sistem yang tetap. Demokrasi mengalami perubahan berdasarkan perubahan zaman sebagaimana juga syura.

2. Rakyat adalah sebagai pelaksana kepada ketetapan ataupun perundangan yang dibuat melalui perbincangan. Selain itu juga rakyat memiliki kekuasaan untuk berijtihad terhadap perkara-perkara yang tidak diturunkan nas di dalam agama samawi.

Di sana perlulah dijelaskan bahawa perlaksanaan sesetengah pentadbiran yang menjalankan sistem pilihanraya bukanlah menunjukkan bahawa ie’tikad kepada sistem barat, sebaliknya ia hanyalah merupakan wasilah dan bukanlah merupakan maksud ataupun matlamat.

Wasilah hanyalah perkara-perkara yang berhubung dengan perlaksanaan sedangkan maqasid ialah matlamat yang terhasil daripada perlaksanaan.

Walaupun syura kadang-kadang mempunyai persamaan dengan beberapa sistem lain tetapi hakikatnya ia adalah berbeza sebagaimana yang dinyatakan dalam ciri-ciri syura dan demokrasi.

No comments:

Post a Comment