Wednesday, October 20, 2010

PENGHINAAN TERBESAR TERHADAP ISLAM


Adakah sudah tiada lagi nilai-nilai keimanan dan kesucian Islam dalam jiwa para pemimpin negara kita pada hari ini? Di manakah suara mereka yang mengaku merekalah pejuang bangsa, agama dan tanah air? Adakah Islam telah menjadi satu barang mainan yang boleh dipermainkan begitu sahaja dan dibogelkan dihadapan khalayak manusia?

Ketika mereka menghebohkan tindakan sebuah kerajaan membahagikan wang ihsan yang kononnya 'datang' dari sumber judi, kelihatan dengan jelas bahawa ia adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata kerana terdapat pemimpin atasan mereka sendiri telah melakukan pencemaran terhadap kesucian Islam dengan menaungi satu pertunjukan fesyen 'Islamik' dengan mempamerkan wanita-wanita yang membogelkan aurat mereka dan menulis nama "Muhammad di ruangan buah dada mereka!

Adakah di sana terdapat penghinaan yang lebih teruk selain penghinaan ini? Tentunya tidak! Hakikatnya, inilah versi penghinaan yang paling jijik dalam sejarah umat Islam yang melibatkan seorang isteri pemimpin negara yang beragama Islam. Inilah Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah dinaungi oleh isteri pemimpin pertama Malaysia!

Adakah mereka tidak tahu bahawa penghinaan terhadap Islam seperti ini boleh membatalkan syahadah mereka? Di manakah mufti-mufti, ustaz-ustaz muda mereka yang kononnya ingin berdakwah dalam parti seperti ini? Kenapakah tindakan 40 orang ulama ingin bermunajat di Mekah kerana rakyat dizalimi dibidas habis-habisan kononnya tidak sejajar dengan sunnah Nabi sedangkan tindakan jijik dan hina serta zalim seperti ini didiamkan seribu bahasa? Tidakkah kamu semua wahai 40 orang ustaz pernah membaca ayat Allah yang cukup menggetarkan hati:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman kenapah kamu menuturkan apa yang kamu tidak lakukannya? Sungguh besar kemurkaan Allah pada kata-kata kamu yang tidak dikotakan!"

Cukuplah apa yang berlaku dalam dunia sekarang! Sekiranya ada yang bertanya apakah penyebab kepada segala kegiatan tidak berperikemanusian yang berleluasa dalam negara kita maka nah inilah penyebabnya kerana kita masih lagi dipimpin oleh mereka yang kurang sensitiviti terhadap kesucian agama! Oleh itu wahai saudara/i sekalian, sudah menjadi kewajipan seluruh umat Islam yang cintakan Islam sama ada di negara mahupun dunia membantah tindakan zalim dan pengkhianatan ini. Sewajar umat Islam mengajar mereka yang kurang ajar atau biadap terhadap agama. Satu bantahan besar-besaran seluruh dunia perlu dilakukan sebagaimana yang telah kita semua lakukan terhadap negara Denmark yang menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah dan laman sosial Facebook yang membuat pertandingan menghina baginda!

Sewajarnya mereka yang menyokong tindakan ini atau buat 'tak tahu' diboikot habis-habisan. Marilah kita mencontohi tauladan sahabat baginda s.a.w yang tidak akan menerima mana-mana tindakan yang menyentuh kesucian Islam dan RasulNya sehingga diceritakan dalam satu hadis bahawa mereka memohon daripada baginda s.a.w sendiri agar membiarkan mereka memotong leher pelaku jenayah ini kerana tidak sanggup melihat perbuatan seperti itu. Sekurang-kurangnya, inilah (bantahan/boikot) merupakan tanda kita mempunyai iman dan akidah yang kuat sebagai mana sabda baginda:

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وماله وولده والناس أجمعين.

وثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما..



"Tidakkan sempurna iman seseorang sehinggalah Aku yang paling dikasihinya dlebih daripada dirinya sendiri dan hartanya serta anak-anaknya mahupun seluruh manusia"

"Tiga golongan yang mana sesiapa yang memilikinya mendapat kemanisan iman: Bahawa Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain kedua-duanya"

Marilah kita menggesa kepada pihak yang terlibat agar segera bertaubat kepada Allah dan beristighfar serta meninggalkan segala urusan dan penglibatan dalam acara-acara seperti ini. Kita tidak mahu perbuatan akan berlaku dalam negara yang didiami oleh ramai lagi pencinta-pencinta Islam. Ayuh laungkan slogan:

FIDAKA ABI WA UMMI YA RASULALLAH!!

3 comments:

  1. Aku mmg x sokong penganjuran program2 macam ni. Tapi aku nak clarify sket, first, program ni bukan kat Malaysia tp kat Monte Carlo. lagi satu, rosmah bukan penganjur, die cume penasihat je. ape2 pon rosmah patutnye halang bende2 camni drpd berlaku...

    ReplyDelete
  2. gambar kat atas tu mmg IFF kat monte carlo, tp aku x sure kalo kat malaysia pon ade wat gak sbb penganjurnye orang Malaysia (tp bukan rosmah), sorry, patutnye aku kaji dulu sebelom komen

    ReplyDelete