
Adakah sudah tiada lagi nilai-nilai keimanan dan kesucian Islam dalam jiwa para pemimpin negara kita pada hari ini? Di manakah suara mereka yang mengaku merekalah pejuang bangsa, agama dan tanah air? Adakah Islam telah menjadi satu barang mainan yang boleh dipermainkan begitu sahaja dan dibogelkan dihadapan khalayak manusia?
Ketika mereka menghebohkan tindakan sebuah kerajaan membahagikan wang ihsan yang kononnya 'datang' dari sumber judi, kelihatan dengan jelas bahawa ia adalah satu sandiwara dan lakonan semata-mata kerana terdapat pemimpin atasan mereka sendiri telah melakukan pencemaran terhadap kesucian Islam dengan menaungi satu pertunjukan fesyen 'Islamik' dengan mempamerkan wanita-wanita yang membogelkan aurat mereka dan menulis nama "Muhammad di ruangan buah dada mereka!
Adakah di sana terdapat penghinaan yang lebih teruk selain penghinaan ini? Tentunya tidak! Hakikatnya, inilah versi penghinaan yang paling jijik dalam sejarah umat Islam yang melibatkan seorang isteri pemimpin negara yang beragama Islam. Inilah Islamic Fashion Festival (IFF) yang telah dinaungi oleh isteri pemimpin pertama Malaysia!
Adakah mereka tidak tahu bahawa penghinaan terhadap Islam seperti ini boleh membatalkan syahadah mereka? Di manakah mufti-mufti, ustaz-ustaz muda mereka yang kononnya ingin berdakwah dalam parti seperti ini? Kenapakah tindakan 40 orang ulama ingin bermunajat di Mekah kerana rakyat dizalimi dibidas habis-habisan kononnya tidak sejajar dengan sunnah Nabi sedangkan tindakan jijik dan hina serta zalim seperti ini didiamkan seribu bahasa? Tidakkah kamu semua wahai 40 orang ustaz pernah membaca ayat Allah yang cukup menggetarkan hati:
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من نفسه وماله وولده والناس أجمعين.
وثلاث من كن فيه وجد حلاوة الإيمان: أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواهما..
FIDAKA ABI WA UMMI YA RASULALLAH!!

