1. Di sisi kebanyakan ulama niat puasa sunat boleh disertakan dalam niat puasa wajib dan bukan sebaliknya iaitu tidak boleh disertakan niat puasa wajib dalam puasa sunat. Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi (Jilid 1/23) dan Syarahnya karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalli.
2. Oleh itu dalam soal ini, seorang wanita muslimah yang mengqada'kan puasanya sebanyak 6 hari dalam bulan syawal juga akan mendapat pahala puasa sunat 6 hari di bulan Syawal berdasarkan kaedah tersebut dan pendapat ini dipegang oleh ulama-ulama mazhab Syafie serta telah difatwakan oleh Imam Al-Ramli (Fatwa Al-Ramli jilid 2/66).
3. Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis baginda s.a.w yang berbunyi:
"Sesiapa yang berpuasa bulan Ramadan kemudian mengekorinya dengan enam hari di bulan syawal maka seumpama dia telah berpuasa selama setahun"-Riwayat Muslim.
Keterangan:
Rasulullah tidak menyatakan dalam hadis bentuk puasa yang perlu dilaksanakan untuk mendapat pahala selama setahun itu samada dalam bentuk puasa sunat atau wajib seumpama qadha' maka lafaz hadis adalah tergolong dalam lingkungan lafaz muthlaq. Yang dinyatakan hanyalah pahala itu diperolehi kepada sesiapa yang mengikuti puasa ramadhan dengan puasa syawal tanpa membataskan bentuknya. Kaedah syara' telah menyatakan bahawa mengikat lafaz muthlaq tanpa dalil adalah batal.
Sumber: Darul Ifta, Mesir.
Wallhu A'lam.
Khairul Anuar Bin Ismail
Kg Rong Chenok, Pasir Mas Kelantan.

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر رواه مسلم

No comments:
Post a Comment