Dr Khairuddin Razali |
Menurut al-Imam al-Syarbini iaitu seorang tokoh Mazhab Syafie: “Adapun menyetubuhi isterinya atau hambanya pada dubur (liwat) maka pendapat Mazhab ialah wajib dita’zir sekiranya berulang. Sekiranya tidak berulang maka tidak dikenakan ta’zir.” (Rujuk Mughni al-Muhtaj, Juz 16, hlm. 356-357.) Malah, Imam Abu Hanifah tidak mengkategorikan liwat sebagai Hukuman Hudud tetapi Hukuman Ta’zir meskipun ianya haram berbeza dengan Imam Syafie yang mengkategorikannya sebagai hukuman Hudud. Al-San’ani iaitu salah seorang tokoh ulama mazhab Hanafi menyebut dalam Bada’i al- Sana’i : “dan demikianlah persetubuhan pada dubur lelaki atau perempuan tidak mewajibkan Hudud di sisi Abu Hanifah meskipun ianya adalah haram kerana persetubuhan tidak berlaku pada kemaluan depan, maka ia bukannya zina. Manakala di sisi kedua-duanya –Imam Muhammad dan Imam Hasan ( dua tokoh besar mazhab Hanafi) dan juga di sisi Imam Syafie perbuatan itu mewajibkan hukuman hudud.” (Bada’I al-Sana’i`, Juz 15, hlm 24). Ini kerana pada pendapat Imam Abu Hanifah zina yang disebut dengan jelas hukumnya di dalam al-Quran merujuk kepada “persetubuhan pada kemaluan depan.” Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) Terengganu 2002 telah mengambil pendapat Imam Syafie dan Mazhab Syafie dalam mengkategorikan jenayah liwat sebagai Hukuman Hudud dan tidak menkategorikan liwat isteri sebagai Hukuman Hudud. Kesimpulannya, tidak mengkategorikan sesuatu perlakuan jenayah sebagai Hukuman Hudud tidak bererti ianya halal dan dibenar dan tidak dianggap sebagai jenayah, malah ia dikategorikan sebagai Hukuman Ta’zir. |
"Tegakkanlah Negara Islam Di Dalam Hati-Hati Kamu Nescaya Ia Akan Tertegak Di Bumi Kamu"
Sunday, October 23, 2011
ZULKIFLI NORDIN JAHIL?
Liwat isteri jenayah takzir
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment