"Tegakkanlah Negara Islam Di Dalam Hati-Hati Kamu Nescaya Ia Akan Tertegak Di Bumi Kamu"
Wednesday, May 26, 2010
Hukum Memisah Pemerintahan Negara Dan Politik
JAWAPAN AL-ALLAMAH DR. MUHAMMAD SAID RAMADHAN AL-BOUTI TERHADAP PERSOALAN SEKULARISMA
ما رأي فضيلة الدكتور إذا كان الحاكم المسلم يقرر أمام شعبه بأن الحكومة لا بد أن تبتعد عن الدين، فالدولة التي تقوم على أساس الدين ليس لها بقاء ولا رخاء بل أكثر ما يكون الى التدهور؟.
إذا اعتذر المسلم بأنه لايستطيع أن يطبق أحكام الإسلام، وأنه مضطر لمخالفة الشرع، سواء كان حاكماً في شعبه أو ربّ أسرة في أهله. يُنْظَر في أمره، فإن كان مقراً بهذه الأحكام الشرعية، فهو فاسق بمخالفته لها وليس كافراً، وإن كان غير مقرٍ بها فهو كافر مرتد.
ALLAMAH SYEIKH AHMAD AL-FATHONI, ORGANISASI DAN POLITIK
Sheikh Ahmad al-Fathani mengasaskan sebuah persatuan kaum cendekiawan Melayu di Mekah dengan nama Jam’iyah al-Fathaniyyah. Hampir semua ulama yang berasal dari dunia Melayu yang berada di Mekah pada zaman itu menjadi anggota persatuan itu. Sheikh Ahmad al-Fathani sendiri selaku ketuanya.
Pada mulanya persatuan itu bergerak serentak, iaitu tidak saja mencetak kitab-kitab malah menyebarkannya ke dunia Melayu dan seterusnya ke tempat-tempat lain.
Tujuan persatuan itu juga untuk memberi kesedaran kepada putera-putera dunia Melayu agar berupaya membebaskan diri daripada cengkaman pihak penjajah. Sheikh Ahmad al-Fathani berasa insaf dan sedih kerana Patani dijajah oleh Siam yang beragama Buddha. Semenanjung Tanah Melayu dijajah oleh Inggeris yang beragama Kristian dan Hindia- Belanda (Indonesia) dijajah oleh Holanda (Belanda) juga beragama Kristian.
Jika disemak catatan sejarah, maka dipercayai bahawa Al-Fathaniyah yang diasaskan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah itu adalah merupakan organisasi politik Melayu yang pertama sekali ditubuhkan (1290 H/1873 M). Organisasi ini jauh mendahului Syarikat Islam (1912 M) yang ditubuhkan oleh H.O.S. Tjokroaminoto di Jawa.
Setelah murid-murid beliau pulang ke tanah air, maka mereka mengasaskan berbagai-bagai organisasi di dunia Melayu, antaranya pada peringkat awal yang dapat disebutkan di sini seperti di Riau-Lingga berdiri Jam’iyah ar-Rusydiyah yang kemudian lebih popular dengan Jam’iyah Rusydiyah atau Rusydiah Kelab dan Jam’iyah al-Khairiyah. Tokoh politik yang menjadi murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang berasal dari Riau-Lingga ialah Raja Haji Ali Kelana dan Raja Haji Utsman.
Dalam dunia politik, Raja Haji Utsman lebih dikenali dengan nama Raja Khalid al-Haitami (dalam percakapan Melayu disebut Hitam)
Al-Fathaniyah dengan Ar-Rusydiyah, jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu tidaklah berapa jauh perbezaan ertinya. Al-Fathanah, dalam bahasa Arab kadang-kadang digunakan juga al-fithnah, jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu bererti: kepandaian, kecerdasan, lekas faham, kepintaran, dan lain-lain. Ia juga boleh diertikan dengan cerdik atau kecerdikan.
Adapun al-rusydu boleh diertikan dengan akal, fikiran, hal mengikut jalan yang lurus, dapat petunjuk, dan lain-lain, dan salah satu dari ertinya, ialah cerdik atau kecerdikan. Sebagaimana al-fathanah boleh diertikan dengan cerdik atau kecerdikan, demikian halnya dengan ar-rusydu. Dari perkataan al-fathanah, maka organisasi yang diasaskan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah dinamakan Al-Fathaniyah, sedang dari perkataan al-rusydu, untuk organisasi yang didirikan oleh murid-murid beliau di Riau dinamakan Rusydiyah.
Berdasarkan bukti-bukti yang ada, jelas bahawa keintelektualan perjuangan kerabat Diraja Riau-Lingga itu berasal dari pelbagai aspek perjuangan Sheikh Ahmad al-Fathani di Timur Tengah.
Catatan tentang Jam’iyah al-Khairiyah sukar diperoleh, namun dapat dikesan hanyalah berdasarkan daripada sebuah buku kecil yang berjudul Jalan Kesatuan atau judul lain Al-Irsyad ila Thariqat at-Ta-allufi wa al-Ittihad karya Raja Haji Muhammad Said bin Raja Haji Muhammad Thahir, yang ada memperkatakan organisasi tersebut.
Buku tersebut diterbitkan oleh Maktabah wa Mathba’ah al-Ahmadiah, 1345 H/1927 M atas usaha Raja Haji Umar bin Raja Haji Hasan.
Jam’iyah al-Khairiyah Riau masih aktif sehingga tahun 1937 M. Barangkali pengaruh Jam’iyah al-Khairiyah Riau itu begitu besar, maka pada 3 Safar 1342 H/14 September 1923 M di Mesir ditubuhkan pula Al-Jam’iyah al- Khairiyah li Thalabah al-Azhariyah al-Jawiyah oleh pelajar dunia Melayu di Mesir.
Murid Sheikh Ahmad al-Fathani pada peringkat awal yang sangat berminat dalam bidang itu ialah Raja Haji Ali Kelana yang berasal dari Riau-Lingga, berketurunan campuran Melayu-Bugis. Sesudah itu menyusul agak terkemudian sedikit ialah Raja Haji Utsman dan selanjutnya terkenal dengan nama Raja Khalid Hitam. Kader politik Sheikh Ahmad al-Fathani yang terakhir ialah seperti Nik Mahmud bin Ismail berasal dari Kelantan.
Tokoh tersebut dikenali dengan gelaran Datuk Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan, Haji Muhammad bin Muhammad Said yang selanjutnya memperoleh gelaran Datuk Laksamana Kelantan, dan Haji Sulung al-Fathani, iaitu bapa Revolusi Islam Patani dalam masa Perang Dunia Kedua.
Sheikh Ahmad al-Fathani telah membawa beberapa orang muridnya, di antaranya Raja Haji Ali Kelana Riau, berulang kali menemui Sultan Turki, Sultan Abdul Hamid ats-Tsani, kerana meminta bantuan untuk melepaskan dunia Melayu daripada tangan penjajahan bangsa asing.
Raja Haji Ali Kelana Riau sekurang-kurangnya dua kali mengikut gurunya Sheikh Ahmad al-Fathani ke Turki, kali yang pertama dalam tahun 1301 H/1883 M dan yang kedua dalam tahun 1322 H/1904 M.
Lihat pula tulisan Dr. Virginia Matheson, “Pada akhir abad ke-19 perhubungan Riau dengan Timur Tengah dikuatkan lagi oleh Raja Ali Kelana supaya dapat bantuan Turki untuk menentang pemerintah penjajahan Belanda yang mahu menghapuskan kerajaan Riau-Lingga”. Berdasarkan tersebut, Virginia Matheson tidak menyebut peranan Sheikh Ahmad al-Fathani, iaitu orang yang bertanggungjawab mengajak Raja Haji Ali Kelana ke Turki untuk meminta bantuan menghapuskan semua bentuk penjajahan di dunia Melayu, selain Indonesia (Hindia- Belanda) dan Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Patani dan Cam.
Hubungan politik Sheikh Ahmad al-Fathani dengan Turki-Utsmaniah itu bukan bererti gagal, tetapi tergendala kerana beliau meninggal dunia pada 11 Zulhijjah 1325 H/14 Januari 1908 M dan perkembangan Kerajaan Turki-Utsmaniah pun seterusnya mulai menurun dan lemah.
Pengetahuan dan pengalaman Sheikh Ahmad al-Fathani ketika membuat hubungan politik dengan negara luar menjadi sumber inspirasi kepada salah seorang muridnya iaitu Raja Haji Utsman/Raja Khalid Hitam bin Raja Hasan Riau. Beliau pergi ke Jepun sebanyak dua kali, iaitu pada 1912 dan 1913.
Tujuannya meminta bantuan dari Kerajaan Jepun mengusir penjajah Belanda dan Inggeris dari bumi Melayu. Keberangkatannya ke Jepun adalah setelah mendapat persetujuan Raja Haji Ali Kelana dan beberapa kerabat Diraja Riau-Lingga dan Johor lainnya. Raja Khalid Hitam meninggal dunia di Jepun pada 11 Mac 1914.
Dalam tahun 1939, ketika menghadapi Perang Dunia Ke-II barulah utusan Jepun datang ke Singapura mencari keturunan Raja Khalid Hitam. Yang berjaya ditemui oleh utusan dari Jepun itu hanyalah Ibrahim Ya’qub, yang ketika itu sebagai pemimpin kebangkitan Melayu.
Ibrahim Ya’qub bersama sahabatnya Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad pun mengadakan perundingan dengan utusan Jepun itu. Peristiwa itu menjadi titik bermulanya kedatangan orang-orang Jepun ke dunia Melayu untuk menghadapi perang Asia-Pasifik. Ibrahim Ya’qub diberi pangkat dalam militer Jepun sebagai Leftenan Kolonel, sedangkan Raja Haji Muhammad Yunus Ahmad hanya sebagai Leftenan saja. Namun kerana kecergasannya, beberapa bulan kemudian Raja Haji Muhammad Yunus dilantik sebagai Mejar tanpa melalui pangkat Kapten terlebih dahulu.
Berdasarkan cerita ini dapat disimpulkan bahawa Sheikh Ahmad al-Fathani turut terlibat dalam politik dunia Melayu pada peringkat awal hingga sampai ke pintu gerbang kemerdekaan.
Beberapa pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani tentang politik adalah cukup jelas seperti yang telah dibicarakan. Untuk lebih lengkap lagi dapat dirujuk melalui surat-surat antara Sheikh Ahmad al-Fathani dengan sultan-sultan di dunia Melayu. Di antaranya termasuk surat beliau kepada Sultan Zainal Abidin III, Terengganu dan Sultan Manshur, Kelantan. Selain surat yang tersebut, banyak lagi surat Sheikh Ahmad al-Fathani yang membicarakan isu politik yang ditujukan kepada murid-muridnya.
Di antara surat beliau yang membicarakan isu politik termasuk beberapa pucuk yang ditujukan kepada Nik Mahmud bin Ismail Kelantan, yang ketika itu masih belajar di Mesir.
Surat dari raja-raja Melayu yang ditujukan kepada Sheikh Ahmad al-Fathani juga banyak, termasuklah surat daripada Raja Muda Jambu bertarikh 30 Jamadilawal 1316 H/1898 M. Surat tersebut adalah sebagai bukti bahawa Raja Jambu termasuk salah seorang yang anti penjajah Siam-Buddha.
Kata Raja Jambu, dalam surat tersebut, “Maka sangatlah bertambah- tambah harap sahaya mi[n]ta Tuan tolong mendoakan bagi sahaya wal ‘iyal, mi[n]ta Tuhan li[m]pahkan kebajikan dunia dan akhirat dan lepaskan sekalian kekeruhan dan dijauhkan sekalian bala’-waba’ dan kesusahan kuffar Siam, sekarang ia masuk duduk memerintah di dalam Jerim pula. Maka jadi dua raja sangatlah kesusahan dan kepicikannya. Mi[n]ta Tuhan pindahkan dia dengan segeranya …”
Daripada surat yang tersebut dan surat-surat raja-raja Melayu yang ditujukan kepada Sheikh Ahmad al-Fathani, dapat dirumuskan bahawa beliau menjadi rujukan pelbagai persoalan termasuklah politik bagi sultan-sultan di dunia Melayu.
Pemikiran Politik
Pemikiran politik Sheikh Ahmad al-Fathani dapat dilihat dalam beberapa kitab beliau, antaranya Hadiqah al-Azhar, Faridah Faraid, Jumanah At-Tauhid, dan Al-Fatawa Al-Fathaniy
(Dipetik daripada tulisan Syeikh Wan Mohd Saghir Abdullah. Untuk pengetahuan pembaca Allamah Syeikh Ahmad Zain Al-Fathoni juga menuntut di Masjid Al-Azhar selama 7 tahun di samping menjadi pentashih kitab-kitab jawi lama)

Tuesday, May 25, 2010
HUKUM WANITA BERPOLITIK DALAM ISLAM
Oleh :
Fadhilatul Imam Al-Allamah Prof. Dr. Ali Jumuah As-Syafie
Mufti Republik Arab Mesir
Terjemahan:
Khairul Anuar Bin Ismail
Khairul Anuar Bin Ismail
Seluruh ulama Usul, tafsir, fekah dan hadis telah berijma’ bahawa tuntutan wahyu yang bersifat taklif (bebanan dan tanggungjawab yang terdapat dalam Al-Quran) menyamakan hal keadaan wanita dan lelaki. Manakala pendapat yang paling rajih (kuat) di kalangan mereka adalah bahawa tuntutan taklif yang ditujukan kepada lelaki pada masa yang sama ditujukan juga kepada wanita.
Begitu juga dalam segala hukum, taklifan dan juga pengajaran (dalam Al-Quran) selagi mana tiada perkara yang mengikat (qaid) nas yang ditujukan itu dengan perkara yang berkaitan dengan ciri-ciri kejadian lelaki atau wanita dan selagi mana tidak dijelaskan tuntutan wahyu tersebut khusus untuk lelaki bukannya wanita atau sebaliknya.
Moga-moga Ummu Salamah menjadi contoh yang jelas untuk memahami perkara ini. Maka dengan ini, satu hadis telah pun diriwayatkan daripada Abdullah Bin Rafi’ R.A bahawa beliau telah berkata:
“Adalah Ummu salamah berkata bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda di atas minbar semasa beliau sedang menyikat rambut:“Wahai Manusia” Maka berkata Ummu Salamah kepada seorang hamba perempuan:“Jauhkan sedikit dirimu daripadaku” beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi menyeru kaum lelaki bukannya wanita” Lalu berkata hamba tersebut:“ Sesungguhnya aku juga daripada kalangan manusia.”
(Riwayat Muslim dalam sahihnya: 1795/4)
Sebagaimana itu juga Islam tidak pernah membezakan di antara lelaki dan wanita dalam kewajipan-kewajipan dan tuntutan syariat sepertimana Islam tidak pernah membezakan hak antara kedua-duanya.
Di antara hak-hak tersebut ialah hak untuk berpolitik yang diberikan kepada wanita. Antara perkara-perkara tersebut adalah:
1. Hak untuk memilih pemerintah dan memberikan kepercayaan kepadanya seperti yang digambarkan dalam feqh tradisional (turath) sebagai Bai’ah.
Allah s.w.t telah menyebut perihal baiah dengan lafaz yang umum yang merangkumi lelaki dan wanita dalam banyak tempat. Allah s.w.t berfirman:
Allah s.w.t berfirman juga:
Sebagaimana itu juga Allah berfirman khusus untuk wanita dalam urusan baiah:
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ المُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا
يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللهَ إِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ} [الممتحنة:12]
Maka Al-quran menetapkan hak kepada wanita untuk melakukan baiah kepada seorang pemerintah sebagaimana para lelaki tanpa membezakan antara kedua-duanya.
2. Penyertaan secara umum dalam isu-isu yang melibatkan secara khusus seluruh umat. Perkara tersebut asas untuk melaksanakan konsep syura.
Al-Quran telah menggalakkan supaya melakukan konsep syura antara pemerintah dan rakyat tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Allah s.w.t berfirman:
{وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ} [الشُّورى:38]
Allah s.w.t berfirman dalam seruanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pemimpin umat Islam pada ketika itu:
Rasulullah sendiri meminta nasihat daripada isteri baginda Ummu salamah R.anha dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Umar al-Kahttab meriwayatkan perkara tersebut dengan berkata:
“Setelah mana Rasulullah selesai daripada urusan menulis perjanjian maka Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat baginda: “Bangunlah, sembelihlah dan bercukurlah!”
Beliau berkata lagi:
“Demi Allah, tidak ada seorang pun yang bangun setelah baginda menyuruh mereka sebanyak tiga kali. Setelah mana tidak bangun seorang pun daripada mereka maka Rasulullah s.a.w menemui Ummu Salamah dengan menceritakan apa yang berlaku kepada sahabat baginda.”
Maka Ummu salamah berkata kepada baginda:
“Wahai Nabi Allah, adakah kamu menyukai perkara itu? Keluarlah dan jangan kamu berbicara dengan seorang pun dikalangan mereka lalu sembelihlah untamu serta panggillah tukang cukurmu dan bercukurlah”
Lalu baginda keluar tanpa berbicara dengan seorang pun dan menyembelih unta baginda dan memanggil tukang cukur baginda serta terus bercukur.
Setelah mana mereka melihat perbuatan nabi itu maka mereka semua bangun dan menyembelih unta mereka dan mereka saling bercukur antara satu sama lain.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari dalam sahihnya: 978/2)
Pada zaman moden kini para ulama belum mebincangkan persoalan wanita menjadi calon anggota parlimen . Pusat Fatwa Mesir telah mengeluarkan fatwa bernombor 852 pada tahun 1997 berkaitan keharusan wanita menjadi anggota wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat diringkaskan dengan bahawa:
“Tiada halangan di sisi syara’ untuk wanita menjadi anggota majlis dewan rakyat atau parlimen sekiranya rakyat memberikan kepercayaan untuk dia menjadi wakil mereka dalam majlis tersebut. Hendaklah majlis tersebut dan bentuknya menepati ciri-ciri yang telah disebut oleh Allah selain beriltizam dengan hukum Allah dan syariatNya seperti mana yang disuruh Allah dan syariat Islam.”
3. Menjawat jawatan penting dalam sektor-sektor kerajaan dan negara
Banyak athar yang menyebutkan berkaitan jawatan wanita dalam penguatkuasa kerajaan ataupun polis yang mana dikenali dalam tradisi fiqh Islam dengan jawatankuasa hisbah. Perkara tersebut berlaku pada zaman permulaan pemerintahan Islam. Berdasarkan athar-athar tersebut sebahagian ulama mengharuskan wanita menjawat jawatan sebagai kepimpinan yang penting dalam negara Islam. Mereka berdalilkan dengan apa yang telah thabit berkenaan Samra’ Binti Nuhaik Al-Asadiyyah (seorang sahabiyah) yang bertindak mengawal keadaan kawasan-kawasan perdagangan dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Selain itu beliau menggunakan cemeti untuk melarang rakyat melakukan kemungkaran.
Riwayat tentang Samra’ ini dinyatakan oleh Abu Balj Yahya Bin Sulaim di mana beliau berkata:
“Aku melihat samra’ binti Nuhaik –beliau merupakan orang yang sempat bersama Rasulullah-memakai baju besi dan jilbab yang kasar dan memegang cemeti menyeru manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar.”
(Riwayat Imam At-Tobrani dalam Mu’jam Al-Kabir: 311/24 )
Imam Abu Hanifah dan lain-lain berpendapat bahawa harus wanita menjadi qadhi. Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani bahawa jumhur ulama berpendapat bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan qadhi. Perkara tersebut diharuskan oleh Imam At-Thobari. Ianya adalah riwayat daripada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah bahawa wanita harus menjadi qadhi dalam masalah yang dibolehkan wanita menjadi saksi.(lihat Fathul Baari Fi Syarh Sohih Al-Bukhari: 128/8)
Daripada apa yang telah disebutkan tadi, nyatalah kepada kita bahawa wanita dibenarkan menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan dalam realiti yang berlaku pada umat Islam dan disebut dalam rujukan fekah turath . Adapun pada zaman kita ini, telah ada penyertaan wanita bersama lelaki dalam negara-negara umat Islam dan Arab dalam pelbagai jawatan-jawatan awam dan pegawai kerajaan dan dalam bidang politik dan keilmuan. Wanita kini menjadi duta, menteri, pensyarah universiti sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi. Wanita juga telah menyamai lelaki dari sudut kemasukan gaji dan pangkat untuk jawatan-jawatan tersebut.
Diterjemah daripada web rasmi Mufti (link)

كانت أم سلمة تحدث أنها سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول على المنبر وهي تمتشط: أيها الناس فقالت للجارية: استأخري عني قالت: إنما دعا الرجال ولم يدع النساء. فقالت: إني من الناس
“Adalah Ummu salamah berkata bahawa beliau mendengar Nabi Muhammad s.a.w bersabda di atas minbar semasa beliau sedang menyikat rambut:“Wahai Manusia” Maka berkata Ummu Salamah kepada seorang hamba perempuan:“Jauhkan sedikit dirimu daripadaku” beliau berkata : “Sesungguhnya Nabi menyeru kaum lelaki bukannya wanita” Lalu berkata hamba tersebut:“ Sesungguhnya aku juga daripada kalangan manusia.”
(Riwayat Muslim dalam sahihnya: 1795/4)
Sebagaimana itu juga Islam tidak pernah membezakan di antara lelaki dan wanita dalam kewajipan-kewajipan dan tuntutan syariat sepertimana Islam tidak pernah membezakan hak antara kedua-duanya.
Di antara hak-hak tersebut ialah hak untuk berpolitik yang diberikan kepada wanita. Antara perkara-perkara tersebut adalah:
1. Hak untuk memilih pemerintah dan memberikan kepercayaan kepadanya seperti yang digambarkan dalam feqh tradisional (turath) sebagai Bai’ah.
Allah s.w.t telah menyebut perihal baiah dengan lafaz yang umum yang merangkumi lelaki dan wanita dalam banyak tempat. Allah s.w.t berfirman:
.
{إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللهَ يَدُ اللهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَى نَفْسِهِ وَمَنْ أَوْفَى بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا} -الفتح:10
Allah s.w.t berfirman juga:
{لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ المُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا} [الفتح:18],
Sebagaimana itu juga Allah berfirman khusus untuk wanita dalam urusan baiah:
{يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا جَاءَكَ المُؤْمِنَاتُ يُبَايِعْنَكَ عَلَى أَنْ لَا يُشْرِكْنَ بِاللهِ شَيْئًا وَلَا يَسْرِقْنَ وَلَا يَزْنِينَ وَلَا يَقْتُلْنَ أَوْلَادَهُنَّ وَلَا
يَأْتِينَ بِبُهْتَانٍ يَفْتَرِينَهُ بَيْنَ أَيْدِيهِنَّ وَأَرْجُلِهِنَّ وَلَا يَعْصِينَكَ فِي مَعْرُوفٍ فَبَايِعْهُنَّ وَاسْتَغْفِرْ لَهُنَّ اللهَ إِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ} [الممتحنة:12]
Maka Al-quran menetapkan hak kepada wanita untuk melakukan baiah kepada seorang pemerintah sebagaimana para lelaki tanpa membezakan antara kedua-duanya.
2. Penyertaan secara umum dalam isu-isu yang melibatkan secara khusus seluruh umat. Perkara tersebut asas untuk melaksanakan konsep syura.
Al-Quran telah menggalakkan supaya melakukan konsep syura antara pemerintah dan rakyat tanpa membezakan antara lelaki dan wanita. Allah s.w.t berfirman:
{وَالَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِرَبِّهِمْ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَمْرُهُمْ شُورَى بَيْنَهُمْ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ} [الشُّورى:38]
Allah s.w.t berfirman dalam seruanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w yang menjadi pemimpin umat Islam pada ketika itu:
{فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأَمْرِ} [آل عمران:159].
Rasulullah sendiri meminta nasihat daripada isteri baginda Ummu salamah R.anha dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah. Umar al-Kahttab meriwayatkan perkara tersebut dengan berkata:
“Setelah mana Rasulullah selesai daripada urusan menulis perjanjian maka Rasulullah s.a.w berkata kepada para sahabat baginda: “Bangunlah, sembelihlah dan bercukurlah!”
Beliau berkata lagi:
“Demi Allah, tidak ada seorang pun yang bangun setelah baginda menyuruh mereka sebanyak tiga kali. Setelah mana tidak bangun seorang pun daripada mereka maka Rasulullah s.a.w menemui Ummu Salamah dengan menceritakan apa yang berlaku kepada sahabat baginda.”
Maka Ummu salamah berkata kepada baginda:
“Wahai Nabi Allah, adakah kamu menyukai perkara itu? Keluarlah dan jangan kamu berbicara dengan seorang pun dikalangan mereka lalu sembelihlah untamu serta panggillah tukang cukurmu dan bercukurlah”
Lalu baginda keluar tanpa berbicara dengan seorang pun dan menyembelih unta baginda dan memanggil tukang cukur baginda serta terus bercukur.
Setelah mana mereka melihat perbuatan nabi itu maka mereka semua bangun dan menyembelih unta mereka dan mereka saling bercukur antara satu sama lain.”
(Riwayat Imam Al-Bukhari dalam sahihnya: 978/2)
Pada zaman moden kini para ulama belum mebincangkan persoalan wanita menjadi calon anggota parlimen . Pusat Fatwa Mesir telah mengeluarkan fatwa bernombor 852 pada tahun 1997 berkaitan keharusan wanita menjadi anggota wakil rakyat atau ahli parlimen yang dapat diringkaskan dengan bahawa:
“Tiada halangan di sisi syara’ untuk wanita menjadi anggota majlis dewan rakyat atau parlimen sekiranya rakyat memberikan kepercayaan untuk dia menjadi wakil mereka dalam majlis tersebut. Hendaklah majlis tersebut dan bentuknya menepati ciri-ciri yang telah disebut oleh Allah selain beriltizam dengan hukum Allah dan syariatNya seperti mana yang disuruh Allah dan syariat Islam.”
3. Menjawat jawatan penting dalam sektor-sektor kerajaan dan negara
Banyak athar yang menyebutkan berkaitan jawatan wanita dalam penguatkuasa kerajaan ataupun polis yang mana dikenali dalam tradisi fiqh Islam dengan jawatankuasa hisbah. Perkara tersebut berlaku pada zaman permulaan pemerintahan Islam. Berdasarkan athar-athar tersebut sebahagian ulama mengharuskan wanita menjawat jawatan sebagai kepimpinan yang penting dalam negara Islam. Mereka berdalilkan dengan apa yang telah thabit berkenaan Samra’ Binti Nuhaik Al-Asadiyyah (seorang sahabiyah) yang bertindak mengawal keadaan kawasan-kawasan perdagangan dengan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Selain itu beliau menggunakan cemeti untuk melarang rakyat melakukan kemungkaran.
Riwayat tentang Samra’ ini dinyatakan oleh Abu Balj Yahya Bin Sulaim di mana beliau berkata:
“Aku melihat samra’ binti Nuhaik –beliau merupakan orang yang sempat bersama Rasulullah-memakai baju besi dan jilbab yang kasar dan memegang cemeti menyeru manusia melakukan makruf dan mencegah mungkar.”
(Riwayat Imam At-Tobrani dalam Mu’jam Al-Kabir: 311/24 )
Imam Abu Hanifah dan lain-lain berpendapat bahawa harus wanita menjadi qadhi. Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani bahawa jumhur ulama berpendapat bahawa wanita tidak boleh menjadi pemimpin dan qadhi. Perkara tersebut diharuskan oleh Imam At-Thobari. Ianya adalah riwayat daripada Imam Malik dan Imam Abu Hanifah bahawa wanita harus menjadi qadhi dalam masalah yang dibolehkan wanita menjadi saksi.(lihat Fathul Baari Fi Syarh Sohih Al-Bukhari: 128/8)
Daripada apa yang telah disebutkan tadi, nyatalah kepada kita bahawa wanita dibenarkan menjawat jawatan yang penting dalam kerajaan dalam realiti yang berlaku pada umat Islam dan disebut dalam rujukan fekah turath . Adapun pada zaman kita ini, telah ada penyertaan wanita bersama lelaki dalam negara-negara umat Islam dan Arab dalam pelbagai jawatan-jawatan awam dan pegawai kerajaan dan dalam bidang politik dan keilmuan. Wanita kini menjadi duta, menteri, pensyarah universiti sejak berpuluh-puluh tahun dahulu lagi. Wanita juga telah menyamai lelaki dari sudut kemasukan gaji dan pangkat untuk jawatan-jawatan tersebut.
Diterjemah daripada web rasmi Mufti (link)
Monday, May 24, 2010
MENYANGKAL TULISAN SAUDARA MOHD SHAUKI ABDUL MAJID PENGURUS PENYELIDIKAN YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIEM) BERKAITAN ISU LESEN PERJUDIAN.
Oleh:
Khairul Anuar Bin Ismail
Pengerusi Felow Manhal PMRAM 2010
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani”
Akhbar Utusan Malaysia pada hari Isnin bertarikh 24.5.2010 telah menyiarkan satu rencana yang telah dikarang oleh saudara Mohd Shauki Abdul Majid, pengurus penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIEM) yang bertajuk ‘Kerajaan Tidak Menghalalkan Judi dan Arak’. Rencana itu dikarang dengan tujuan menjawab isu lesen perjudian bola sepak yang diberikan oleh kerajaan Malaysia. Di dalam rencana tersebut pengarang mendakwa bahawa pemberian lesen perjudian tersebut tidak bercanggah dengan kaedah siasah syariyyah sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w dan Saidina Umar al-Khattab.Namun setelah diteliti dengan mendalam mengikut nas-nas al-Quran dan hadis serta kaedah syarak, rencana tersebut secara jelas tidak dapat memberikan hujjah yang benar dan didapati banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh pengarang dalam usaha membenarkan dakwaan beliau. Secara ringkas, pengarang mahu menyamakan hukum berkaitan arak dengan hukum perjudian yang mana membenarkan sebuah negara membuka ruang aktiviti perjudian sebagaimana arak dibenarkan kepada bukan Islam berdasarkan maslahah. Di sini pihak saya akan menyatakan kesilapan-kesilapan tersebut berdasar beberapa perkara dibawah:
Kesilapan Pertama: Pengharaman judi disamakan dengan pengharaman arak
Dalam muqaddimah rencana tersebut, pengarang telah menyebut perihal pengharaman arak secara beransur-ansur (tadarruj) sebagaimana yang tersebut di dalam Al-Quran pada surah Al-Baqarah (ayat 219), surah Al-Nisaa’(ayat 43) dan surah Al-maidah (ayat 90). Tujuan pengharaman arak secara beransur-ansur adalah untuk meraikan keadaan dan suasana umat Islam pada ketika itu yang masih lagi dalam peringkat pembinaan iman. Pengarang walaubagaimana pun telah menyamakan pengharaman judi dengan arak semasa mengulas ayat 43 surah al-Nisaa’ dengan kata beliau:
“Pada peringkat kedua, Allah SWT menurunkan ayat selanjutnya, iaitu ayat 43, surah al-Nisa. Antara kandungannya ialah Allah melarang orang Islam menunaikan solat ketika mereka mabuk, sehinggalah mereka benar-benar mengetahui apa yang mereka bacakan. Pada tahap itu, arak dan judi masih belum diharamkan secara tegas.”
“Akhirnya, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Maidah, ayat 90 yang dengan tegas mengatakan bahawa arak, judi, menyembelih korban untuk berhala dan nujum adalah lebih keji dan lahir daripada perbuatan syaitan.”
Pada hakikatnya pengharaman judi tidak boleh disamakan dengan pengharaman arak dari sudut tadarruj (bertahap). Pengharaman judi sebenarnya adalah sama dengan pengharaman zina, bunuh, mencuri, merompak dan lain-lain yang mana pengharamannya datang secara terus tanpa disebut secara bertahap sebagaimana pengharaman arak kerana mudarat aktiviti perjudian amat besar kepada masyarakat berbanding arak yang mana ia digunakan juga untuk aktiviti lain seumpama tujuan perubatan oleh masyarakat pada ketika itu selain daripada minuman.
Oleh itu pengharaman sekaligus telah diwahyukan oleh Allah dalam surah Al-Maidah ayat 90. Maka jelaslah di sini pengharaman secara bertahap adalah dikhususkan untuk arak tidak termasuk judi dengan hikmah tertentu. Walaupun pengharaman judi tidak disebut di dalam al-Quran sebagaimana arak tetapi ia tidak bermakna judi dihalalkan oleh Islam sebelum dinyatakan secara jelas di dalamnya. Kalaulah kaedahnya begitu, maka perbuatan lain seperti membunuh, merompak dan berzina dikira halal sebelum diharamkan oleh al-Quran.
Kesilapan Kedua: Mendakwa dalil orang bukan Islam boleh meminum arak berdasarkan perbuatan Rasulullah s.a.w menyuruh para sahabat membayar ganti rugi (dhoman) terhadap bekas arak yang dipecahkan.
Pengarang berkata:
“Pernah berlaku di zaman Rasulullah SAW, beberapa sahabat memecahkan tempat menyimpan arak milik bukan Islam. Rasulullah telah meminta supaya para sahabat berkenaan membayar diat (ganti rugi) yang jumlahnya setimpal dengan nilai barangan yang telah dirosakkan. Ini boleh dijadikan asas bahawa orang bukan Islam boleh meminum minuman yang memabukkan atau memprosesnya selagi tidak memudaratkan orang lain”
Pertama, pengarang mengistilahkan ganti rugi dengan perkataan diat. Istilah tepat yang sepatutnya digunakan mengikut ilmu feqh adalah dhoman. Kedua, hadis tersebut langsung tidak menyebutkan orang bukan Islam harus minum arak secara jelas (sorih) atau melalui mafhumnya (samada mafhum muwafaqah, mafhum mukhalafah dan lain-lain yang digunakan untuk memahami nas).
Ketiga, Rasulullah menyuruh para sahabat membayar ganti rugi adalah kerana merosakkan harta iaitu bekas-bekas yang masih boleh digunakan sedangkan yang diharamkan adalah arak bukan bekas-bekas tersebut. Bekas-bekas tersebut tiada kaitan dengan pengharaman arak.
Keempat, hukum bukan Islam meminum arak di dalam syariat Islam juga adalah berdosa dan dihisab pada hari akhirat. Ini kerana mengikut pendapat yang paling kuat di sisi para ulama, bukan Islam juga ditaklifkan dengan perkara furu’ (seperti solat, zakat dan lain) sebagaimana mereka ditaklifkan dengan perkara usul (iaitu beriman dengan Allah). Maka tiada dalil yang membenarkan atau mengharuskan perbuatan tersebut mengikut nas Al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.
Cuma perkara yang membenarkan mereka meminum arak adalah berdasarkan dasar toleransi Islam itu sendiri yang membenarkan penganut agama lain yang berada dalam negara Islam melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka seperti meminum arak dan memakan daging khinzir. Sesebuah negara Islam itu tidak boleh menghalang mereka dalam soal tersebut. Ianya berlainan dengan judi yang tidak dibenarkan atau dihalalkan oleh mana-mana agama utama di dunia. Oleh itu Khilafah Islamiah sejak dahulu tidak membenarkan judi kerana diharamkan oleh seluruh agama di dunia.(Rujuk Ghairul Muslimin Fi Mujtama’ Islami, Dr. Yusuf Al-Qaradawi, ms 47-48, cetakan Maktabah Wahbah, Kaherah)
Seterusnya pengarang berkata:
“Namun, mereka perlu sedar bahawa perbuatan tersebut bercanggah dengan ajaran umat Islam. Jika mereka hendak meneruskan juga perbuatan itu, maka hendaklah dilakukan secara yang tidak mengganggu umat Islam seperti di tempat-tempat khusus dan tersembunyi.
Pengajaran dan pembinaan hukum Islam seperti dalam kes pengharaman arak ini amat sesuai dengan situasi yang wujud di Malaysia, iaitu umat Islam dan bukan Islam hidup bersama dalam sebuah entiti negara.”
Kemudian pengarang berkata lagi:
“Prinsip itu terkandung dalam siasah syariah. Imam Syafie r.a. dalam kitabnya Asybah Wa al-Nazair ada membincangkan satu kaedah yang bermaksud: Pemimpin seharusnya bertindak ke atas rakyatnya berdasarkan kesesuaian maslahah (kebajikan dan kepentingan umum).”
Memang diakui sekiranya bukan Islam ingin melakukan aktiviti yang dibenarkan oleh agama mereka tetapi diharam oleh Islam (seperti kes minum arak), maka hendaklah dilakukan ditempat khusus dan tersembunyi supaya tidak menyinggung perasaan umat Islam. Tetapi persoalannya, adakah perkara ini betul-betul diangkat menjadi undang-undang Malaysia atau diamalkan secara baik?
Apa yang terjadi adalah berlawanan sebagaimana yang dakwaan-dakwaan yang terdapat di dalam rencana tersebut yang berkaitan dengan arak. Kita boleh lihat sendiri arak dijual secara berleluasa tanpa kawalan, dihidangkan di dalam hotel-hotel, dijual oleh peramugari beragama Islam di dalam kapal terbang, kilang yang terbesar di Asia Tenggara dan diminum serta dijual secara terbuka oleh orang Islam sendiri. Adakah wujud satu kaedah khusus dalam Islam yang membenarkan sebuah negara menjalankan aktiviti perniagaan arak sampai ke tahap itu? Di mana maslahah yang didakwa?
Keadah yang disebutkan oleh pengarang sedikit pun tidak tepat dengan realiti yang berlaku ataupun boleh dianggap telah menyeleweng daripada maksud yang tujuan asal. Apa yang berlaku sekarang adalah satu mafsadah dan bukan maslahah. Adakah tepat sekiranya semata-mata ingin menjaga satu kepentingan kita mengundang satu kecelakaan kepada umat? Adakah sama perbuatan Saidina Umar mengutip cukai import arak dengan keadaan sekarang? Itu adalah persoalan kepada pengarang kerana saya tidak mahu membahaskan persoalan maslahah di dalam Islam secara panjang lebar kerana isu yang diulas adalah berkaitan judi.
Kesilapan Ketiga: Pengarang silap menyebut kaedah syara’
Samada secara sedar atau tidak, pengarang sebenarnya telah melakukan kesilapan dalam menyebut satu kaedah penting iaitu katanya:
“Malah dalam usul fikah juga terdapat perkara yang menekankan menangani bahaya yang khusus adalah lebih diutamakan daripada bahaya yang umum (yang boleh melibatkan kemudaratan yang lebih besar).”
Kaedah yang sebenarnya adalah berbunyi, “menangani bahaya yang umum (melibatkan masyarakat umum atau lebih besar) lebih diutamakan daripada bahaya khusus (yang bersifat peribadi dan kecil).
Bagi sesiapa yang mempelajari Fiqhul Muwazanah (rujuk Siasah Syariyyah, Dr. Yusuf al-Qaradawi, m.s 300-301, Maktabah Wahbah, Kaherah) akan memahami dengan mudah kaedah tersebut. Kaedah yang sama dalam bahasa arab berbunyi:
"دفع المفسدة العامة يقدم على المفسدة الخاصة"
“Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus”
"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
“Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum”
"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar”
"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
“Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum”
Semua kaedah di atas mempunyai maksud yang hampir sama iaitu menjaga kepentingan umum diutamakan dengan menggadaikan kepentingan khusus atau mengelakkan bahaya yang lebih besar dan yang melibatkan masyarakat secara amnya perlu diutamakan dengan hanya menanggung bahaya yang lebih kecil atau khusus.(Qawaid Fiqhiyyah, Dr. Abdul Aziz Muhammad Azzam, m.s 144, Darul Hadith, Kaherah) “Mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus”
"ضحى بالمصلحة الخاصة من أجل المصلحة العامة"
“Dikorbankan maslahah khusus kerana menjaga kepentingan umum”
"يتحمل الضرر الأدنى لدفع الضرر الأعلى"
Ditanggung mudarat yang lebih kecil kerana mengelakkan mudarat yang lebih besar”
"يتحمل الضرر الخاص لدفع الضرر العام"
“Ditanggung mudarat yang khusus untuk mengelak mudarat yang umum”
Pengarang berkata:
“Pada masa pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab, beliau pernah mengenakan cukai import ke atas minuman keras yang dibawa masuk dari luar negara. Hasil kutipan tersebut dimasukkan ke dalam sumber am negara dan dibelanjakan untuk pengurusan infrastruktur seperti jalan raya.
Ini menggambarkan suatu pemerintahan yang bijaksana apabila pengimportan najis tersebut dibenarkan dan dikawal. Maksudnya, pemerintah telah mengambil langkah memilih bahaya (kemudaratan) yang sedikit daripada bahaya yang lebih besar.”
Untuk pengetahuan pembaca, kaedah yang digariskan adalah kaedah “menanggung bahaya yang lebih ringan daripada dua bahaya atau Irtikab Akhaffu dharurain”. Maksudnya lebih kurang kaedah di atas. Selain itu, soal yang dilaksanakan oleh Saidina Umar adalah berkaitan arak dengan berdasarkan toleransi Islam dengan bukan Islam seperti yang telah saya nyatakan tadi dalam perbahasan kedua. Kerajaan Islam yang dipimpin oleh sahabat Nabi Muhammad yang agung ini tiada kena mengena sedikit pun dengan urusan perjudian.
Selain itu juga, kaedah ini juga tidak terpakai dalam isu judi kerana memberikan lesen perjudian pada hakikatnya akan menimbulkan darurat yang lebih besar kepada negara bahkan menggalakkan aktiviti perjudian di kalangan rakyat kerana mendapat ‘lampu hijau’ daripada kerajaan. Mereka juga tidak menanggung risiko penanggkapan polis.
Oleh itu, sekiranya kaedah ini ingin digunakan maka yang sepatutnya yang dilaksanakan ialah kerajaan seharusnya mengharamkan aktiviti perjudian dan menangkap mereka yang berjudi sekalipun terpaksa mengorban harta, masa dan tenaga kerana risiko pengorbanan itu lebih ringan berbanding membiarkan rakyat terjebak dengan aktiviti yang keji lagi mempunyai mudarat yang besar. Dengan itu, barulah kaedah yang tersebut di atas tepat pada perlaksanaannya sebagaimana yang disebut oleh para fuqaha’ serta kerajaan juga dapat mendidik masyarakat agar tidak terjebak dengan arak dan judi.
Kesilapan Keempat: Menqiyaskan hukum arak dengan hukum judi
Kesilapan yang paling utama dan juga tujuan utama rencana ini dikarang adalah untuk membenarkan tindakan kerajaan mengeluarkan lesen judi dengan membawa dalil-dalil yang mengharuskan perniagaan arak dalam negara Islam.
Maaf, saya ingin katakan bahawa pengarang belum memahami selok belok ilmu siasah syariyyah dengan baik atau memahami ilmu qawaid fiqhiyyah secara sempurna sehinggakan dalil yang dibawa untuk mengharuskan arak dijual dalam negara Islam pun banyak menyeleweng dan salah. Apatah lagi ingin menggunakan hujjah tersebut untuk menghalalkan aktiviti perjudian. Pengarang telah menyebut dalam rencana tersebut:
“Inilah persepsi yang sepatutnya difahami apabila kerajaan mengizinkan pengimportan ke atas arak, atau mengeluarkan lesen judi. Kerajaan juga tidak menghalalkan arak dan judi atau mendorong dan menggalakkan rakyatnya berjudi dan meminum arak.”
“Tegasnya arak dan judi adalah untuk mereka yang bukan beragama Islam, yang menjadikan judi dan arak itu sebagai lumrah dalam kehidupan mereka. Lagi pun undang-undang dalam enakmen syariah di setiap negeri ada memperuntukkan fasal-fasal yang menjatuhkan hukuman ke atas kegiatan dan penglibatan umat Islam dalam kes judi dan arak.”
Sekali lagi ingin saya nyatakan bahawa Islam tidak membenarkan langsung aktiviti perjudian kerana semua agama di dunia tidak menghalalkannya. Ini berlainan dengan isu arak yang mana ia merupakan hak bukan Islam untuk meminumnya dalam negara Islam kerana ia dibenarkan oleh sebahagian agama mereka walaupun Islam meletakkan piawaian tertentu untuk mengelakkan berlaku kemudaratan. Hak ini samalah dengan hak mereka untuk beribadat di kuil-kuil, merayakan hari kebesaran agama mereka dan lain-lain.
Kesimpulan hujjah yang didakwa pengarang ialah judi diharamkan bersama arak yang mana pengharamannya secara bertahap. Judi juga adalah amalan dan budaya jahiliyyah seperti arak maka hukumnya adalah seperti arak. Memberikan lesen judi pula adalah daripada satu perinsip pemimpin negara untuk menjaga maslahah umum dan menanggung mudarat yang ringan.
Setelah dijawab satu persatu maka jelaslah dalil-dalil tersebut adalah dalil rekaan yang tidak berdasarkan keilmuan yang jitu dan tidak menepati realiti. Mereka yang benar-benar mengkaji hukum dan tarikh tasyri’ sangat mudah untuk mematahkan hujjah yang dangkal tersebut.
Tegasnya, mengqiyaskan soal arak dengan soal judi dalam persoalan ini adalah Qiyas maal fariq. Sejarah Islam belum pernah mencatatkan mana-mana kerajaan di bawah mana-mana Khalifah membenarkan aktiviti judi kerana judi itu seolah-olah telah membunuh aktiviti ekonomi rakyat.
Akhir sekali, saya menyeru dan mencadangkan kepada kerajaan Malaysia supaya mengharamkan aktiviti perjudian dan menasihati kepada golongan agamawan dalam sektor-sektor kerajaan supaya berani menegur kesilapan dan bukannya mengeluarkan fatwa yang menyeleweng. Saya memohon ampun sekiranya jawapan ringkas ini mengandungi kelemahan. Wallahu A’lam.
Saturday, May 22, 2010
JENAYAH MENGHINA RASULULLAH: BILA AKAN BERAKHIR?

Syukur kepada Allah bila dapat tahu gambar-gambar lukisan yang menghina Rasulullah sudah pun dibuang daripada facebook. Sungguh celaka lagi hina mereka yang melakukannya. Kononnya mereka melukis kerana hendak menghayati kebebasan bersuara. Memang benar mereka ni golongan yang tak berotak. Adakah mereka akan menganggap satu kebebasan kalau sudah sampai tahap menghina, mencaci dan mencela seseorang yang amat diagungkan oleh satu billion manusia?
Jenayah menghina agama sewajarnya diangkat menjadi satu undang-undang diperingkat dunia. Mereka yang melakukannya sewajar dihukum dengan hukuman berat kalau tidak sampai hati nak dibunuh. Tetapi ingat, di dalam Islam, mereka yang mencaci dan menghina Rasulullah hukumannya adalah bunuh sekiranya tidak bertaubat. Bukan main-main.
Namun, mereka yang tidak mengenal (golongan non muslim@anti Islam) ajaran dan peribadi serta kedudukan Rasulullah tidak faham persoalan ini. Islam amat menghormati agama-agama lain. Umat Islam tidak dibenarkan menghina tuhan-tuhan sembahan agama lain. Hukumnya haram dan berdosa. Agama Islam mengiktiraf Nabi Isa sebagai Rasul. Bahkan bilangan lafaz ‘Isa’ lebih banyak disebut berbanding nabi-nabi lain termasuk Nabi Muhammad (kalau salah tolong betulkan).Islam tidak pernah menghina sesiapa melainkan dengan meminta pihak yang tidak beriman dengan Rasulullah supaya mendatangkan hujjah kebenaran agama mereka. Ya, hujjah dengan hujjah. Bukan menghina, mencela dan sebagainya.
Satu hal lagi ialah mereka yang menghina Rasulullah secara tersenbunyi. Perbuatan mereka telah menghina Rasulullah dan Islam secara keseluruhannya. Perbuatan ini kesannya lebih berbahaya berbanding jenayah menghian Rasulullah secara terang-terangan yang dilakukan oleh mereka yang tidak beriman dengan Nabi Muhammad. Tetapi yang menghina Nabi Muhammad tanpa sedar telah dilakukan oleh mereka yang mengaku umat baginda! Contoh yang boleh disebutkan di sini:
1. Menghina sunnah nabi seperti janggut dan sebagainya.
2. Menghina undang-undang Islam.
3. Meluluskan lesen judi.
4. Menolak Islam sebagai dasar Negara
5. Melakukan kezaliman, penindasan dan fitnah kepada penuntut ilmu agama (kat mana agaknya?)
6. Anti hadis
7. Golongan yang hanya berpegang zahir hadis nabi dan mendakwa itulah daripada Nabi sedangkan kehendak nabi berlainan.
Bermacam lagi jenayah yang mana sebenarnya berpunca kerana tidak kenal Rasulullah dan ajaran baginda. Bagi kita penuntut ilmu teruskan dakwah. Sebarkan kefahaman sebenar tentang Islam dan Nabi kita yang agung lagi mulia, Muhammad Sallallu alahi wasallam.

MENUNGGU KEPULANGAN PUTERAKU..

Sudah empat hari ana menunggu kepulangan putera kedua yang dilahirkan pada hari Selasa, 18.5.2010, yang lalu. Putera kedua ana ni telah ditempatkan di klinik swasta kanak-kanak Dr. Habasyi berdekatan bandar Misr Jadidah lebih kurang 30 minit dari Hayyu Sabie’. Doktor menjanjikan pada hari Isnin ini dia boleh keluar dari klinik. Dia terpaksa menjalani rawatan rapi di sana kerana mengalami masalah pernafasan dan perlu diletakkan dalam inkubator.
Zaujah ana pula terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkannya kerana pada tahun lepas zaujah ana juga menjalani pembedahan untuk putera pertama, Mohd Khairul Imdad yang kini berusia setahun 22 hari. Sudah ditakdirkan Allah s.w.t putera kedua ini lahir setahun selepas putera pertama walaupun doktor sudah pun menasihati agar berehat lebih daripada dua tahun sebelum mengandung anak kedua. Nak buat macam mana? Memang dah jadi rezeki tuhan.
Kos ‘menyelamatkan’ nyawa bayi dan zaujah pun boleh tahan. Jumlahnya hampir LE 5000 setakat ni. Barangkali inilah kos yang termahal untuk bersalin. Namun kalau nak dibandingkan dengan nyawa semua itu tiada nilainya. Ini pun dah cukup bernasib baik kerana bayi yang lahir masih bernyawa dan hanya perlukan bantuan oksigen berbanding sahabat kita daripada kedah yang menyambut anak beliau dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih juga ana ucapkan kepada BP-BP PMRAM yang banyak membantu. Tanpa mereka, tentu sukar segala urusan bersalin. Syukran lakum.
Ana mengharapkan agar sahabat dan sahabiah berdoa agar putera kedua ana segera pulang dalam keadaan baik dan sihat. Solat hajat dialu-alukan. Moga-moga di sana ada hikmah dan rahsia yang ingin Allah tunjukkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)