Pemergian Syaikhuna Al-Imam Al-Akbar baru-baru ini telah mengejutkan semua pihak. Sesungguhnya pemergian seorang ulama yang amat berjasa kepada umat Islam ini tidak diduga walaupun beliau diketahui umum kesihatannya tidak berada ditahap yang baik. Beliau masih lagi mampu untuk melaksanakan tugas beliau dan sanggup untuk bermusafir ke Saudi dalam rangka kerja baliau walaupun dalam keadaan demikian. Moga-moga Allah membariskan beliau dikalangan para syuhada' dan diampunkan olehNya.
Isu pemergian beliau tidak berhenti di situ. Pasti di sana sudah ada perbincangan siapakah yang akan menggantikan tempat beliau sebagai Syaikhul Azhar. Jawatan ini bukanlah satu jawatan yang kecil kerana ianya melibatkan benteng utama umat Islam iaitu Al-Azhar dan suara Islam kepada masyarakat antarabangsa.
Dahulunya perlantikan Syaikhul Azhar adalah melalui perbincangan dan undian dikalangan ulama-ulama Al-Azhar sendiri. Mereka akan memilih siapakah yang paling berilmu dan paling layak untuk memimpin Al-Azhar. kemudiannya jawatan ini ditentukan sendiri oleh kerajaan Mesir. namun pada kali ini timbul desas-desus ynag mengatakan perlantikan ini akan dibuat semula mengikut proses pengundian dan pemilihan dikalangan ulama Al-Azhar sendiri. Sekiranya ini terjadi maka ia adalah satu keputusan yang terbaik.
Walauapapun proses yang dilakukan, persoalannya siapakah yang paling layak untuk menduduki tempat tersebut?
Semasa saya menghadiri kelas pengajian kitab Al-Muwatto' di Masjid Al-Azhar yang diajar oleh Syaikhuna Dr. Muhammad Wussam Khidr (Pemegang Ijazah Phd usul Fiqh Al-Azhar dengan martabat Kepujian kelas pertama-Syaraf Ula) beliau sendiri berharap guru beliau, Mufti Mesir, Al-Allamah Dr. 'Ali Jumuah hafizohullah untuk menyandang jawatan tersebut. Ini kerana keilmuan belaiu yang cukup tinggi dan pemikiran beliau yang banyak melangkaui zamannya sendiri. Beliau sendiri telah menghidupkan kembali dan 'memberikan' roh semula kepada masjid Al-Azhar dengan pengajian dan Darul Ifta' sebagai pusat fatwa yang berwibawa.
Maka, sekiranya beliau menjadi Syaikhul Azhar kitra akan melihat Al-Azhar akan lebih berwibawa dan akan kembali kepada zaman kegemilangannya seperti dahulu yang banyak melahirkan Imam-Imam besar dalam segenap ilmu pengetahuan.
Itu pendapat yang dilontarkan beliau sebelum pemergian Al-Allamah Dr. Muhammad Sayyid Al-Tontowi Rahimahullah.
Disini saya tidak mahu memberi komen yang lanjut berkaitan hal ini. Moga-moga Allah menggangkat mereka yang paling ikhlas untuk memimpin pusat ilmu utama di dunia ini daripada kalangan para Auliya'nya..amin.
ISTIGHATHAH BI SAYYIDIL ANAM MUHAMMAD RASULILLAH..
Ya Rasulullah…
Tiada ungkapan yang paling indah yang dapat aku bicarakan untuk menyatakan rasa terima kasihku kepadamu wahai Saidina Rasulullah s.a.w. Jikalau bukan keranamu nescaya tidak kan diciptakan sekelian makhluk ini. Engkaulah sumber segala kebaikan dan rahmat untuk kami. Walaupun pada zahirnya jasadmu tidak bersama kita tapi hakikatnya dirimu hidup bersama-sama kami…
Ya Rasulullah..
Engkau wariskan perjuanganmu kepada kami. Maafkan kami kerana belum mampu untuk melaksanakan tanggungjawab yang cukup berat ini. Kami yakin dengan cintamu pada umat.. Maka bantulah kami wahai Rasulullah…
Ya Rasulullah…
Apa yang kami mampu lakukan sekarang hanyalah terus mempelajari sirahmu..menekuni hadis-hadismu melalui himpunan para khalifahmu yang mewarisinya dari generasi sebelumya sehingga para sahabatmu yang langsung menjadi murid-muridmu..Terimalah ini wahai Rasulullah sebagai tanda cinta kami terhadapmu..
Rasulullah…kami cinta padamu tapi kami tidak mampu melaksanakan sunnahmu..
Rasullah…kami sayang padamu tapi apakan daya kami lemah dalam menegakkan kalimah Allah Yang Maha Agung yang menciptakan kami dan dirimu yang mulia…
Rasulullah..bantulah kami..Doakan kami..Berilah syafaat pada kami..
Dalam konteks suasana politik masa kini, soal tahaaluf siasi atapun perjanjian politik merupakan satu perkara penting dan perlu untuk difahami oleh seluruh pekerja–pekerjaIslam supaya segala gerak kerja dapat dijalankan dengan sempurna.
Kertas kerja ini merupakan satu ringkasan penting untuk dihadam oleh kita semua yang diambil daripada kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh para ulama Islam. Penulis tidak membentangkan secara terperinci setiap perkara yang melibatkan soal ini samada dari segi dalil, sejarah dan lain-lain kerana tujuan kertas kerja ini adalah untuk memberi satu gambaran umum mengenai tahaaluf siasi dan sekiranya pembaca berminat untuk mengkaji secara lebih dalam maka bolehlah merujuk sendiri di dalam kitab-kitab yang menjadi sandaran penulis.
Penulis membahagikan perbahasan tahaaluf siasi kepada beberapa bab supaya ianya dapat difahami secara lebih jelas. Bab-bab tersebut seperti berikut :
1.Takrif
2.Sejarah tahaaluf sebelum zaman kenabian
3.Bentuk tahaaluf selepas zaman kenabian.
4.Tahalluf mengikut pandangan para fuqaha'
5.Kesimpulan
Penulis mengharapkan lebih ramai lagi pengkaji dan para ulama yang tampil untuk membincangkan soal ini serta menambahbaik segala apa yang terdapat dalam kertas kerja ini supaya dapat dipersembahkan kepada masyarakat dalam keadaan lebih sempurna.
Semoga amal yang sedikit ini dapat menyumbang kepada kejayaan Islam pada masa akan datang dan pada masa yang sama objektif tahaaluf siasi dan manhajnya dapat dilaksanakan dengan baik mengikut neraca syara' disamping dapat melahirkan para pekerja Islam yang mempunyai kefahaman Islam yang sahih.
1. TAKRIF TAHALLUF.
Pertama: Sudut Bahasa
Tahalluf dari segi bahasa Arab adalah berasal daripada perkataan al-hilfu (الحلف) dan ia terbina daripada huruf ha', lam, fa' dengan huruf ha' berbaris bawah dan yang bermaksud satu perjanjian. Di dalam kamus al-sihah fi al-lughah, Imam al-Jauhari menyatakan :
والحِلْفُ بالكسر: العهدُ يكون بين القوم، وقد حالَفَهُ، أي عاهده. وتَحالَفوا، أي تَعاهدوا. وفي الحديث أنّه صلى الله عليه وسلم حالَفَ قريش والأنصار، يعني آخَى بينهم؛ لأنَّه لا حِلْفَ في الإسلام
"al-hifu dengan baris bawah adalah satu perjanjian antara kelompok/kumpulan dan apabila bertahaaluf dengan seseorang maka bermaksud dia berjanji dengannya. Dan maksud saling bertahaaluf adalah saling berjanji. Di dalam hadis diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bertahaaluf dengan kaum Quraisy dan Ansar iaitu Rasul telah mengikatkan janji persaudaraan antara mereka kerana tiada lagi ikatan perjanjian (atas dasar kejahatan) dalam Islam".
Kedua: Sudut Syara'
Tahaaluf dari segi syara' tidak jauh bezanya dari segi bahasa. Ibnu Athir ( 630 H)menyebut di dalam al-Nihayah fi Gharib al-Hadith:
وفي حديث آخر [ لا حِلْفَ في الإسلام ] أصل الحِلْف : المُعاقَدةُ والمعاهدة على التَّعاضُد والتَّساعُد والاتّفاق فما كان منه في الجاهلية على الفِتَن والقتال بين القبائل والغاراتِ فذلك الذي ورد النَّهْي عنه في الإسلام بقوله صلى اللّه عليه وسلم [ لا حِلْفَ في الإسلام ] وما كان منه في الجاهلية على نَصْر المَظْلوم وصلة الأرحام كحلْف المُطَيَّبين وما جرى مَجْراه فذلك الذي قال فيه صلى اللّه عليه وسلم [ وأَيُّمَا حِلفٍ كان في الجاهلية لم يَزِدْه الإسلام إلا شدة ] يريد من المُعاقدة على الخير ونُصْرَة الحق وبذلك يجتمع الحديثان وهذا هو الحِلْف الذي يَقْتَضِيه الإسلام والمَمْنُوع منه ما خالف حُكْم الإسلام
"Dan di dalam hadis yang lain (tiada lagi al-hilf yakni perjanjian dalam Islam). Asal al-hilf adalah saling ikat setia dan berjanji untuk saling membantu dan tolong-menolong. Maka apa yang dilakukan pada zaman jahiliyyah untuk tujuan fitnah dan permusuhan antara qabilah-qabilah dan juga peperangan maka itulah yang telah disebut larangannya dalam Islam dengan sabda Nabi (tiada lagi al-hilf yakni perjanjian dalam Islam)manakala apa yang dilakukan pada zaman jahiliyah untuk tujuan menolong orang yang dizalimi dan mengeratkan silaturrahim seperti perjanjian al-mutayyibin dan yang seumpama dengannya maka telah disebut oleh Nabi (mana-mana perjanjian yang dilakukan pada zaman jahiliyyah tidak akan bertambah di dalam Islam melainkan ianya semakin ketat) yang mana dimaksudkan perjanjian di atas dasar kebaikan dan memperjuangkan kebenaran. Dengan afsiran tersebut maka terhimpunlah kedua-dua hadis tersebut. Dengan ini jelaslah perjanjian yang dikehendaki Islam dan yang dilarang oleh Islam kerana bercanggah dengan hukum Islam".
Selain apa yang telah disebut diatas, banyak lagi hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para ulama' antaranya hadis yang diriwayatkat oleh Imam Bukhari dalam Sahihnya (bab al-ikha'wal hilf), Imam Tirmizi dalam Sunannya (KItab al-Sair) Imam Ahmad dalam Musnadnya (1/323) dan lain-lain. Hasil yang boleh diperolehi daripada hadis tersebut adalah:
a.Larangan bertahaaluf adalah sekiranya berdasarkan kebatilan seperti yang telah disebut oleh ibnu Athir di atas.
b.Islam menyeru kepada menunaikan setiap perjanjian dan tahaaluf yang dilakukan pada zaman jahiliyyah yang berdasarkan kebaikan dan kebenaran. Imam Nawawi berkata: Adapun setiap tahaaluf yang berdasarkan ketaatan kepada Allah, menolong orang yang dizalimi dan persaudaraan di jalan Allah maka perkara tersebut amat digalakkan.
c.Hadis yang melarang untuk bertahaaluf adalah bermaksud sekiranya keadaan umat Islam dalam keadaan yang kuat dan setelah mendapat kuasa. Sekiranya dalam keadaan lemah, umat Islam sedikit danmusuh menguasai keadaan sehingga meghalang kebangkitan Islam dan melakukan kezaliman, maka tahaaluf dibenarkan. Ini dapat diambil dari tindakan Nabi melarang tahaaluf selepas daripada pembukaan kota Mekah dan Islam mendapat kekuasaan sepenuhnya.
2. TAHAALUF SEBELUM ZAMAN KENABIAN
Sekiranya kita kembali kepada kitab-kitab sirah nabawiyyah kita akan menemui dua bentuk tahaaluf yang masyhur iaitu Hilf al-Mutayyibin dan Hilf al-Fudhul.
Pertama: Hilf al-Mutayyibin
Al-Mutayyibin adalah terdiri daripada lima Qabilah Arab iaitu Qabilah Abd Manaf, Qabilah Zuhrah, Qabilah Asab Bin Abdul Uzza, Qabilah Taim dan Qabilah Al-Harith Bin Fahr.
Mereka telah melakukan satu perjanjian yang mana telah disifatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagai satu perjanjian yang baik sebagaimana sabda baginda yang diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad (No. 1567):
"Aku telah menyaksikan perjanjian (tahaaluf) al-Mutayyibin bersama bapa-bapa saudaraku ketika aku masih kecil dan tidaklah aku mahu memungkirinyai walaupun aku diberikan unta berwarna merah (yang paling bagus)".
Perjanjian ini dinamakan dengan hilf al-Mutayyibinkerana apabila Qabilah Abd Manaf setelah mana ingin mengambil hak penjagaan Kaabah daripada Qabilah Ibnu Abd Daar sedangkan mereka tidak mahu melakukannya, setiap qabilah melakukan perjanjian untuk tidak melakukan persengketaan. Kemudiannya Bani Abd Manaf mengambil bekas berisi wangian lalu mereka memasukkan tangan mereka kedalamnya lalu meyapunya ke Kaabah sebagai tanda perjanjian. Sebab itulah dinamakan al-Mutayyibin bersempena dengan perbuatan memakai minyak wangi tersebut.
Kedua : Hilful Fudhul
Perjanjian ini dilakukan adalah bertujuan untuk menghentikan sebarang bentuk kezaliman yang berlaku di bumi Mekah sama ada kepada mereka yang merupakan penduduk asal Mekah atau dari luar bumi Mekah.
Perjanjian ini dilakukan oleh Bani Hasyim, Bani Mutallib, Qabilah Asad, Qabilah Zuhrah dan Qabilah Taim dan di meterai di rumah Abdullah Bin Jud'an kerana kemuliannya serta merupakan orang yang paling tua. Rasulullah s.a.w menyifatkan hilful Fudhul dengan sabda beliau yang diriwayatkan oleh Ibnu Ishaq secara mursal daripada Tolhah bin Abdullah bin Auf :
لقد شهدت في دار ابن جدعان حلفا ما أحب أن لي حمر النعم, ولو أدعى في الإسلام لأجبت
”Aku telah menyaksikan satu perjanjian di rumah Abdullah Ibnu Jud'an satu perjanjian yang mana ianya lebih disukai diriku daripada aku memiliki unta berwarnamerah, sekiranya aku dijemput untuk mengadakannya di dalam Islam nescaya aku akan menerimanya".
3. TAHAALUF SELEPAS KENABIAN
Pertama : Perjanjian Rasulullah s.a.w Dengan Abi Tholib
Peringkat pertama:
Setelah mana turunnya ayat al-Quran (surah al-Syu'araa, ayat 214) yang berbunyi:
وَأَنْذِرْ عَشِيرَتَكَ الْأَقْرَبِينَ
214. dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu Yang dekat.
Rasulullah s.a.w mula menyeru Bani Hasyim kepada Islam akan tetapi dihalang oleh Abu Lahab. Dia mengancam untuk menangkap Rasulullah s.a.w tetapi Abu Tholibbertegas akan melindungi Rasulullah daripada sebarang kekerasan yang akan dilakukan terhadap baginda.
Peringkat kedua:
Ketika kafir Quraisy menemui Abi Tolib dan meminta supaya dia berhenti daripada melindungi anak saudaranya itu dan mereka mula mengancam untuk memerangi Abi Tholib sendiri sekiranya berterusan dalam memberikan perlindungan kepada Rasulullah s.a.w.
Abu Tholib mula merasa tidak senang dengan ancaman tersebut lalu bertemu dengan Rasulullah dan menyatakan hasratnya supaya Rasulullah tidak lagi menyampaikan dakwah baginda kepada manusia. Walau bagaimanpun Rasulullah menjawab dengan sabda baginda :
يا عم! والله؛ لو وضعوا الشمس في يميني، والقمر في يساري، على أن أترك هذا الأمر، حتى يظهره الله، أو أهلك فيه؛ ما تركته
Maksudnya: "Wahai bapa saudaraku, Demi Allah sekalipun mereka meletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan di sebelah kiriku supaya aku boleh meninggalkan urusan ini sehingga Allah menzahirkannya atau aku sendiri binasa kerananya, nescaya aku tidak akan meninggalkannya" (Diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi di dalam Dalail nubuwwah dan Ibnu Ishaq)
Kemudian Rasulullah bangun dan berpaling daripadanya. Apabila Abu Tholib mendengar ucapan tersebut beliau berkata: "Wahai anak saudaraku, berpalinglah ke arahku (lalu Rasulullah berpaling ke arahnya) Pergilah dan beritahulah apa yang kamu sukai. Demi Allah! Aku tidak akan menyerahkan kamu kepada sesiapapun selama-lamanya."
Peringkat ketiga:
Ketika mana Bani Hasyim dan Bani Muttholib berganding bahu dalam mempertahankan Rasulullah s.a.w dan melindungi beliau ketika mana pihak kafir Quraisy mendisytiharkan bahawa mereka akan membunuh Rasulullah s.a.w. Pihak kafir quraisy juga menawarkan kepada Abu Tholib pemuda dikalangan mereka untuk dijaga oleh beliausebagai ganti kerana menyerahkan Rasulullah kepada mereka tetapi Abu Tholib membalas tawaran itu dengan sindiran keras, " Adakan kamu mahu aku memberi makan anakmudan aku memberikan anakku kepadamu supaya dibuhnuh?!"
Peringkat Keempat:
Ketika mana kafir Quraisy melihat BaniHasyim dan Bani Muttholib sama ada yang Islam atau yang belum memeluk Islam bertahaaluf untuk melindungi baginda, mereka telah berhimpun dan berpakat untuk menulis satu memorandum atau dokumen bahawa mereka tidak akan bernikahkan dengan sesiapapundikalangan mereka atau melakukan jual beli dengan mereka dan tidak akan menerima perdamaian sama sekali dengan mereka atau dengan kata lain, akan membikot mereka sehabis-habisnya. Dokumen tersebut diletakkan di dalam Kaabah.
Dengan kuasa Allah, rancangan untuk membikot ini tidak berhasil. Bani Hasyim dan Bani Muttholib kecuali Abu Lahab mencari tempat perlindungi di kawasan celah-celah bukit untuk berlindung bersama-sama Rasulullah s.a.w selama dua hingga tiga tahun dan mereka mengalami kesusahan yang berat sehingga mereka menjadikan daun-daun kayu sebagi makanan sebagaimana yang disebut dalam kitab-kitab sirah.
Walau bagaimanapun, lama-kelamaan beberapa individu dari pembesar Quraisy bangkit membantah perkara tersebut dan meminta supaya mereka menhentikan perbuatan tersebut. Antaranya ialah Hisyam bin Amr, Zuhair Bin Umayyah, Muth'im Bin 'Adiyy dan lain-lain. Lalu Muth'im mengoyakdokumen tersebut dan kelihatan bahwa dokumen itu telah pun dimakan anai-anai kecuali nama Allah. Perkara tersebut sebenarnya telah pun dikhabarkan oleh baginda kepada Abi Tholib.
Dalam al-Quran ada lebih 25 tempat ayat yang merujuk kepada makna perintah mengerjakan atau mendirikan solat manakala perkataan solat itu sendiri lebih 70 kali disebut, menunjukkan betapa pentingnya ibadat berkenaan.
“Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk, dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu berasa tenteram maka dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (An-Nisa’: 103)
Kesedaran umat Islam semakin meningkat kerana boleh dikatakan semua tahu bersolat, sama ada secara berjemaah atau bersendirian.
Tinggal lagi, kadang-kadang solat yang dilakukan tidak khusyuk, malah terlewat waktu dan tertinggal disebabkan alpa dengan urusan masing-masing dan kurang prihatin terhadap tuntutan agamaMungkin disebabkan jahil mengenai hikmah dan keistimewaan solat membuatkan sesetengah pihak memandang ringan tuntutan pelaksanaan ibadat itu, kurang tertarik terhadapnya.
Solat sangat dituntut dalam Islam, kerana menjadi tiang agama dan ia membezakan di antara Muslim dan kafir. Malah, ibadat itu amalan pertama disoal di alam kubur dan sekiranya individu itu dapat menjawab dengan baik persoalan solat, dipermudahkan lagi persoalan lain.
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: “Amal pertama akan dihisab bagi seseorang hamba di hari akhirat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka baiklah segala amalannya yang lain. Dan jika solatnya rosak, maka binasalah segala amalannya yang lain.” (Thabrani)
Banyak keistimewaan mereka yang memelihara solat, umpamanya terasa seperti berada dekat dengan Allah dan disayangi-Nya, malah dipermudahkan segala dihajati walaupun tidak dikabulkan segera.
Orang yang mengerjakan solat bukan saja diberikan ganjaran baik, malah mendapat keberkatan dalam kehidupan, berasa lapang dan jika ada isteri, tidak memberikan masalah, malah anak-anak berkelakuan baik.
Tetapi bagi yang tidak solat hati tidak tenteram, diri berasa seperti berhutang, kerana tidak melaksanakan tuntutan Allah.
Aspek keberkatan ini sesuai dengan penegasan Allah di dalam surah al-Mukminun, ayat 1-2, bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”
Rasulullah s.a.w apabila ada masalah akan melakukan solat sunat dan ia sangat baik dijadikan contoh bagi umat Islam sebagai amalan penyejuk hati.
Solat sebenarnya ibadat paling agung yang dapat meningkatkan seseorang untuk sentiasa mengingati Allah, sebagaimana dijelaskan dalam surah Thaaha, ayat 14, bermaksud: “Sesungguhnya Akulah Allah, tiada Tuhan melainkan Aku, oleh itu sembahlah Aku dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.”
Ibadat itu juga dapat menghapuskan dosa, sebagaimana difahami dalam satu hadis bermaksud: “Dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Solat lima waktu dan solat Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu solat-solat itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar.” (Riwayat Muslim)
Solat dilakukan dengan khusyuk juga mencegah orang yang melakukannya daripada kemungkaran.
“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah solat (dengan tekun); sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Al-Ankabut: 45)
Untuk mendapatkan solat yang khusyuk seseorang itu perlu mengelak daripada hasutan syaitan dan memberikan tumpuan penuh ketika melaksanakan ibadat berkenaan.
Memanglah, apabila solat pasti syaitan datang menggoda kita, tetapi kita jangan layan. Sebab itu, antara kebaikan bagi mendatangkan khusyuk ialah kita mengetahui maksud bacaan kita dalam solat.
Sekiranya perkara buruk masih juga berlaku, menunjukkan solat yang dilakukan individu terbabit tidak dapat mendidik dirinya kerana lazimnya mereka mengerjakan solat dengan baik malu melakukan perkara buruk.
Jika masih berlaku benda buruk yang tidak sepatutnya, individu terbabit kenalah bermuhasabah semula, cuba perbaiki lagi solat, biar ia sebati dengan diri, barulah iman meresap balik dan paling penting kena ada istiqamah.
Solat fardu tidak boleh ditinggalkan, sebaliknya wajib dikerjakan dalam apa keadaan sekalipun, sama ada berdiri dan jika tidak berkuasa dengan cara duduk, berbaring serta isyarat dan hati.
Mereka yang tidak solat, tetapi masih mempunyai kemewahan, harta berlimpah ruah, malah cakap juga besar itu dipanggil istidraj, iaitu dihulurkan juga rezeki oleh Allah tetapi sampai satu masa jika dikehendaki Allah ditarik rezekinya.
Ayat 132, surah Thaaha, bermaksud: “Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan solat dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu, dan (ingatlah!) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Sumber :
1. Al-Quran
2. Hadis Nabi
3. Kalam Ulama
Saturday, January 23, 2010
Terjemahan Fathul Muin (Bab Jual Beli) adalah buku pertama saya yang diterbitkan dibawah kelolaan Badan Ekonomi PMRAM. Kepada mereka yang berminat untuk memilikinya boleh mendapatkannya di kedai PMRAM atau mana-mana premis PMRAM di BKAN dan DPM.Doakan semoga kitab ini dapat didiskusikan selepas peperiksaan nanti.
من أوائل الأشعلر التي نظمتها في حياتي
عن العلم أقول:
العلم نور والجهل ظلمة...زين علومك بالصفات العالية فمن المحاسن أن تقول مقالة...وعزوتها إلى أهلها متبركة
عن سبب طلبي للعلم أقول
أنا طالب العلم لست المرائي...ولا باحث المال منكم كفاني رب العلم يمحوالــ...جهالـة هي الــعي بالفــهم
أقول مادحا كتاب كفاية الأخيار للإمام التقي الحصني
فإن العلم بالفقه جدير...لمــــن أراد الله في أخـــراه ومن أتى من بابه سليم...فإن الباب ذا الكتاب كفاية من الأخيار تعلمنا الأحكام...وما بمثلـه أتي نظــيره جزى الله مؤلفه ثوابا...بما هــو الذي لائق بفضـلـه
كتبه الراجي عفو ربه الجليل القوي خير الأنوار بن إسماعيل البرقي